Malaysia Oversight

NGO, Adun, Exco buat laporan polis isu Fahmi Reza hina TMJ

By MkiniBM in December 17, 2025 – Reading time 2 minute
NGO, Adun, Exco buat laporan polis isu Fahmi Reza hina TMJ


Beberapa pemimpin negeri, pertubuhan bukan (NGO) serta wakil rakyat di Johor, hari ini membuat laporan polis berhubung hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan dan visual bersifat melampau, provokatif serta menghina Institusi Diraja Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin berkata laporan polis itu, dibuat bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Khairin-Nisa Ismail @ Md On.

d0ad70fd856d2c3fb8b6422bd296d365
Aznan Tamin

Beliau berkata hantaran berkenaan yang menggunakan nama Reza bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat Johor, malah berpotensi mencetuskan keresahan dan ketegangan dalam masyarakat sekiranya tidak dibendung.

“Perbuatan sedemikian jelas mencabar prinsip kedaulatan Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan boleh mengganggu keharmonian awam, keselamatan serta kestabilan sosial.

“Kesemua laporan polis ini dibuat berhubung kenyataan oleh Reza yang dilihat bersifat menghasut serta menghina Pemangku Sultan Johor dan Institusi Diraja Johor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Aznan menegaskan bahawa Institusi Raja-Raja Melayu merupakan tonggak utama perpaduan, kestabilan dan kelangsungan negara, dan sebarang cubaan untuk merendahkan atau memprovokasi sentimen rakyat terhadap institusi tersebut, sama sekali tidak boleh diterima.

Beliau berkata laporan polis berkenaan dibuat melibatkan pelbagai NGO dan persatuan belia negeri serta daerah, Pergerakan Pemuda bahagian, lebih 20 Ahli Dewan Undangan Negeri () Johor serta ketua-ketua bahagian bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan yang segera, telus dan menyeluruh serta mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Hasutan 1948 dan undang-undang berkaitan.

66dca1536cb1309a700847f5b3ecf8ba

Semalam, tular di laman sosial Facebook satu hantaran oleh individu bernama Reza yang dikatakan menyentuh Institusi Diraja Johor dengan kandungan berbunyi, “Apa masalah TMJ ini sebenarnya? Kenapa nampak seolah-olah dia boleh bertindak sesuka hati dan buat apa sahaja yang dia suka tanpa sebarang had, sempadan atau akauntabiliti yang jelas, tanpa batasan undang-undang?”.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang mengecam tindakan individu berkenaan.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat oleh pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Menurut kenyataan itu, setakat ini PDRM Johor tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung isu tersebut.

– Bernama



Source link