Malaysia Oversight

‘Pelantikan Marhamah ibarat pelempang buat Amanah’

By MkiniBM in December 17, 2025 – Reading time 2 minute
‘Pelantikan Marhamah ibarat pelempang buat Amanah’


Seorang pemimpin Pemuda Amanah mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Ibrahim yang menamakan pelantikan Senator Zulkifli Hasan dan aktivis Marhamah Rosli, masing-masing sebagai menteri dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), semalam.

Sambil menyifatkan pelantikan itu ibarat ‘satu pelempang’ buat Amanah, exco Pemuda parti itu Azri Abdullah berkata boleh memilih pemimpinnya seperti Timbalan Presiden Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat atau Ketua Pemuda Hasbie Muda.

cd7b745c38e1a71f319f0d053b6b351c

“Perlantikan Marhamah sebagai timbalan menteri agama ni sebenarnya satu pelempang kepada Amanah.

“Takkan la takde satu pun ahli Amanah yang layak terlibat di kementerian agama?” kata Azri di aplikasi X.

Semalam, mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Mohd Na’im Mokhtar digugurkan sebagai menteri hal ehwal agama.

Dia mengumumkan timbalannya Zulkifli Hasan menggantikan tempat Na’im manakala Marhamah diangkat mengisi kekosongan jawatan nombor dua di portfolio itu.

Mengulas lanjut Azri berkata dia masih terfikir mengenai pelantikan tersebut.

“Boleh pilih YB Mujahid, YB Suhaizan atau YB Hasbie

“Dari semalam masih terfikir rahmah perlantikan Marhamah,” katanya lagi.

fb220864ff0b12782fc23e06b50f3cb5

Mujahid dan Hasbie adalah anggota Dewan Negara manakala Suhaizan mewakili Parlimen Pulai.

Mujahid juga pernah menjadi menteri menjaga hal ehwal agama ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) kali pertama yang diterajui Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 2018 hingga 2020.

Pada pengumuman rombakan kabinet semalam, mengekalkan semua pemimpin Amanah – presiden parti Mohamad Sabu (menteri pertanian dan keterjaminan makanan) dan naib presiden Dzulkefly Ahmad (menteri kesihatan).

Turut dikekalkan adalah naib presiden Adly Zahari (pertahanan) dan Ketua Wanita Athirah Sabu (perumahaan dan tempatan).

fbeff76e7e8f650099af89055da3a3ba





Source link