Hujung tahun sinonim dengan musim percutian, namun keselamatan tetap menjadi keutamaan. Seiring tibanya musim cuti, Maxis memperkenalkan Maxis Travel Care iaitu pelan insurans perjalanan percuma yang ditawarkan bersama beberapa Maxis Roaming Passes terpilih.

Manfaat tambahan ini melengkapi penggunaan data tanpa had 5G dan 4G lalu menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih bebas kebimbangan. Tawaran ini tersedia bermula sekarang hingga 31 Mac 2026 khusus untuk pelanggan Maxis yang membeli mana-mana pas perayauan terpilih seperti 7 Days ASEAN Data Pass, 7 Days APAC Data Pass, 15 Days Multi Country Data Pass atau 30 Days Multi Country Data Pass.

Pelanggan boleh menebus Maxis Travel Care melalui aplikasi Maxis sebaik sahaja membeli pas perayauan yang disenaraikan. Perlindungan ini menyediakan pampasan sekiranya berlaku gangguan perjalanan, kecederaan, hilang upaya akibat kemalangan atau kematian semasa perjalanan. Jumlah pelindungan ini merangkumi perbelanjaan perubatan dan kemalangan peribadi sehingga RM50,000, kelewatan bagasi sehingga RM2,000 serta pelbagai manfaat tambahan yang lain.






