Malaysia Oversight

Umno juga tak puas hati ‘dua Cina’ jaga Wilayah Persekutuan

By MkiniBM in December 17, 2025 – Reading time 2 minute
Umno juga tak puas hati 'dua Cina' jaga Wilayah Persekutuan


Setiausaha Agung , Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan Perdana Menteri Ibrahim agar tidak memandang enteng sentimen rakyat yang timbul susulan pelantikan tertentu dalam kabinet baharu, semalam.

Dalam satu hantaran di Facebook, katanya, antara persoalan yang dibangkitkan netizen, katanya, ialah pelantikan Hannah Yeoh dan Lo Su Fui sebagai menteri dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan yang berbangsa Cina.

42d2930028b77a7f116972c1ab1d92cb
Asyraf Wajdi Dusuki

“Kenapa menteri Wilayah Persekutuan dilantik seorang berbangsa Cina DAP dan timbalan menteri juga daripada seorang berbangsa Cina GRS (Gabungan Rakyat Sabah)?

“Apakah nasib bumiputera bandar? Apakah ini permulaan untuk pilihan raya tempatan diadakan?” katanya sambil menambah mesti bersedia menjawab persoalan substantif yang sedang dimainkan secara meluas oleh rakyat.

Menurut Asyraf, ini sentimen berkenaan kuat berlegar di ruangan media sosial sejak pengumuman semalam.

“Sentimen sebegini tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara bijaksana,” katanya lagi.

Semalam perdana menteri mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri bertukar portfolio.

51d3b63e699adc2e2a045b773ed3f30d

Ini termasuk portfolio menteri Wilayah Persekutuan yang sebelum ini disandang Dr Zaliha Mustafa yang digugurkan dan diberikan kepada Yeoh yang sebelum ini adalah menteri belia dan sukan.

Pemimpin itu terlebih dahulu mengemukakan pecahan komposisi kaum dan parti dalam kabinet, termasuk menteri dan timbalan menteri, sebagai asas perbincangan berfakta sebelum menyentuh reaksi rakyat.

Menurutnya, daripada segi komposisi menteri, seramai 17 adalah Melayu, lima Cina, dua India, lima Bumiputera Sarawak dan tiga Bumiputera Sabah.

Bagi jawatan timbalan menteri pula, Melayu seramai 10 orang, Cina lima, India dua, Bumiputera Sarawak tujuh dan Bumiputera Sabah enam.

Dari sudut pembahagian parti di kalangan menteri, Asyraf Wajdi menyenaraikan sembilan daripada , lima DAP, dua Amanah, lapan Barisan Nasional (), lima Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

891df0d9d24be8cf5de37d3b03bcec78



Source link