Malaysia Oversight

PAS mainkan isu kaum dalam pelantikan menteri Wilayah Persekutuan

By MkiniBM in December 17, 2025 – Reading time 3 minute
malaysiakini logo


membangkitkan isu etnik ataupun kaum dalam pelantikan menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya yang masing-masing disandang oleh ahli Parlimen berbangsa Cina.

Setiausaha Agung , Takiyuddin Hassan, berkata lebih membimbangkan lagi pelantikan ini tidak berlandaskan merit atau keperluan dasar, tetapi susulan tekanan dan tawar-menawar politik.

memandang serius rombakan kabinet yang diumumkan perdana menteri semalam, terutama pelantikan Hannah Yeoh (DAP) dan Su Fui (GRS) sebagai menteri dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, selain pengekalan jawatan menteri perumahan dan tempatan di tangan seorang lagi pemimpin DAP.

771a0938b13851d136f93ed05f152718

“Kebetulan, ketiga-tiga mereka adalah daripada latar belakang etnik yang sama.

“Perlu ditegaskan bahawa Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, dan Labuan – bukanlah wilayah atau portfolio biasa, sebaliknya ia mewakili jantung politik dan pentadbiran negara.

“Justeru pemusatan pentadbiran strategik bandar, tempatan, perumahan dan pihak berkuasa tempatan di tangan pemimpin daripada sebuah parti dan etnik boleh menimbulkan persoalan besar, sah dan tidak dapat dielakkan berkait isu-isu

ketidakseimbangan dan pemusatan kuasa melampau serta hala tuju sebenar pentadbiran negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Perdana Menteri Ibrahim mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri bertukar portfolio.

bfa710e696733e1fc4f782791aab8c3b

Ini termasuk portfolio menteri Wilayah Persekutuan yang sebelum ini disandang Dr Zaliha Mustafa tetapi kini diberikan kepada Yeoh yang sebelum ini adalah menteri belia dan sukan.

Dr Zaliha dan Mohd Na’im Mokhtar antara dua tokoh yang digugurkan daripada senarai baru kabinet .

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata pemilihan itu dibuat tidak berdasarkan merit, tetapi disebabkan ancaman DAP untuk keluar daripada .

“PAS mengambil perhatian tentang spekulasi bahawa ia berkait rapat dengan kata-dua politik oleh DAP, termasuk ancaman parti itu untuk menarik diri daripada kerajaan sekiranya beberapa tuntutannya, termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah-sekolah persendirian Cina tidak dipenuhi.

“PAS beranggapan sekiranya jawatan kabinet digunakan sebagai ‘bunga emas’ politik untuk mengekalkan sokongan dan kesetiaan mana-mana pihak, maka jelas bahawa ia merupakan hakisan serius terhadap idea dan institusi kerajaan berprinsip, sekali gus melemahkan integriti proses pembentukan serta penggubalan dasar negara.

46e79499a87080e90d5a36159c53ef58

“Keadaan ini menimbulkan kebimbangan mendalam bahawa ia merupakan percaturan sengaja bagi mengukuhkan dominasi DAP di Kuala Lumpur dan pusat-pusat bandar utama lain di negara ini yang bertujuan membolehkan sebuah parti membentuk dan mewarnakan dasar perbandaran, penggunaan tanah, perumahan dan kerajaan tempatan tanpa proses semak imbang yang berkesan dan telus,” kata Takiyuddin lagi.

Tambahnya, pemusatan kuasa sedemikian sudah pasti akan menimbulkan keresahan awam yang serius, terutama dengan kehadiran inisiatif undang-undang kontroversial seperti cadangan Akta Pembangunan Semula Bandar (PSB) yang dilihat berpotensi meminggirkan kelompok penduduk bandar tertentu, terutama orang Melayu dan kumpulan berpendapatan rendah, termasuk potensi kehilangan hak milik mereka.

Katanya, pendekatan pentadbiran inu juga dilihat mendahulukan percaturan dan kepentingan politik elit bandar dengan mengabaikan kepentingan dan sentimen sah rakyat akar umbi ini akan melebarkan jurang sengketa antara kumpulan-kumpulan dalam masyarakat dan juga antara wilayah dan lokaliti.

“Dalam pada itu, PAS juga mendapati pelantikan beberapa menteri dan timbalan menteri lain turut menimbulkan keraguan serius berkait isu-isu kekananan, pengalaman, kompetensi, ketrampilan, kredibiliti dan kesesuaian,” tambahnya.



Source link