Malaysia Oversight

Honor Magic V5 Tampil Dengan Rekaan Lebih Nipis

By Amanz in June 24, 2025 – Reading time 1 minute
Honor Magic V5 Tampil Dengan Rekaan Lebih Nipis


Honor

Honor Magic V5 Tampil Dengan Rekaan Lebih Nipis

June 23, 2025

Amy Maizuraa

Persaingan telefon lipat paling nipis semakin sengit apabila Honor dilihat bersedia mencabar dominasi Oppo dalam kategori ini. Walaupun ada yang mendakwa Tecno Spack Slim lebih nipis dengan ketebalan hanya 5.75mm perlu diingat bahawa peranti tersebut masih belum dikomersialkan secara rasmi.

Buat masa ini, Oppo Find N5 memegang gelaran telefon lipat paling nipis di pasaran dengan ketebalan 8.93mm apabila dilipat. Namun, kedudukan itu dijangka akan diambil semula oleh Honor Magic V5 yang bakal dilancarkan di pada 2 Julai 2025.

HONOR Magic V5 nipis A edited

Honor mendedahkan bahawa peranti baharu ini hanya setebal 8.8mm apabila dilipat yang menjadikannya lebih nipis berbanding Find N5. Walaupun perbezaannya hanya 0.1mm, ia tetap memberi impak dari segi reka bentuk dan keselesaan penggunaan harian.

Sebelum ini, model Magic V2 sudah pun mencipta sejarah dengan ketebalan yang hampir sama seperti mengumpulkan tiga kad kredit. Magic V5 dilihat melangkah lebih jauh dalam usaha menghasilkan telefon lipat jenis buku yang lebih mudah digunakan, dan tidak memakan ruang dalam beg.

HONOR Magic V5 nipis B

Setakat ini, Honor masih belum mendedahkan berat rasmi Magic V5. Namun, ia dijangka akan bersaing rapat dengan model X Fold 5 yang menurut vivo akan lebih ringan daripada model sebelumnya. Pelancaran global untuk Magic V5 masih belum diumumkan, tetapi peminat setia pastinya akan menantikan kemunculannya di pasaran antarabangsa.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link