Shopee Akan Caj Penjual Sebanyak 50 Sen Untuk Setiap Jualan Berjaya, Bermula 16 Julai 2025
June 22, 2025
•
Aman
Shopee kini memaklumkan para penjual di platform Shopee, berkenaan pengenalan sebuah caj baharu, dinamakan Yuran Sokongan Platform. Caj tambahan ini dikatakan akan membantu Shopee dalam terus membangunkan sejumlah ciri baharu yang membantu para penjual di platform berkenaan.
Dibawah Yuran Sokongan Platform ini, para penjual akan dikenakan caj sebanyak 50 sen untuk setiap pembelian yang berjaya dihantar. Caj ini adalah tidak termasuk caj SST 8%. Shopee akan tolak caj ini secara automatik pada hasil jualan, sebelum baki dipindahkan ke akaun penjual. Pengenalan caj ini dijangka akan memberikan impak kepada para penjual yang menjual barangan berharga rendah, memandangkan caj sebanyak 50 sen akan memberikan impak tinggi kepada pendapatan mereka.
Caj ini akan dikenakan terhadap semua tempahan berjaya bermula 16 Julai 2025. Walaubagaimanapun, tempahan dibawah “Fullfilled by Shopee Program” akan dikecualikan caj ini buat masa ini. Shopee juga akan mengecualikan caj ini kepada penjual baharu selama 120 hari atau untuk 100 tempahan pertama.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.