Malaysia Oversight

GRS kemungkinan besar beri laluan kepada BN dalam PRK Lamag dan Kinabatangan

By TheSun in December 17, 2025 – Reading time 1 minute
GRS kemungkinan besar beri laluan kepada BN dalam PRK Lamag dan Kinabatangan


GRS berkemungkinan tidak bertanding dalam PRK DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan, memberi laluan kepada sebagai parti pemenang kawasan itu.

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkemungkinan besar tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Lamag dan Parlimen Kinabatangan.

Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor berkata GRS secara prinsip akan memberi laluan dan penghormatan kepada Barisan Nasional.

Beliau menyatakan adalah parti yang menang di kawasan berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 29 November lepas.

“Kita akan bagi penghormatan kepada parti yang menang. Kebetulan ia dalam negeri sekarang ini,” katanya.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata pihaknya akan membantu untuk memenangi pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata keputusan muktamad melibatkan kedua-dua kawasan itu akan dibincangkan terlebih dahulu.

Perbincangan akan melibatkan kepimpinan tertinggi GRS dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Itulah yang kita mahu bincang. Tetapi prinsipnya kita akan bagi laluanlah,” kata Hajiji.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan Sabah Datuk Jafry Ariffin menyatakan akan mengadakan rundingan dengan GRS berhubung pilihan raya kecil itu.

Jafry berkata perbincangan itu penting memandangkan adalah sebahagian daripada Perpaduan Sabah bersama GRS.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026.

Penamaan calon dijadualkan pada 10 Januari manakala pengundian awal pada 20 Januari.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lepas. – Bernama



Source link