Malaysia Oversight

Apple Dilaporkan Berbincang Secara Dalaman Untuk Potensi Mengambil-Alih Perplexity AI

By Amanz in June 22, 2025 – Reading time 1 minute


Apple

Dilaporkan Berbincang Secara Dalaman Untuk Potensi Mengambil-Alih Perplexity AI

June 21, 2025

Aman

Selain Meta yang telah cuba mengambil-alih Perplexity, kini Bloomberg turut melaporkan yang mana telah mengadakan perbincangan dalaman berkaitan dengan potensi untuk mengambil-alih Perplexity AI.

Perplexity AI merupakan salah satu firma memfokuskan kecerdasan buatan yang terkenal dengan sokongan carian dijana kecerdasan buatan. Tidak setakat itu, Perplexity turut menawarkan aplikasi khusus untuk , yang beroperasi lebih baik berbanding Siri. Mereka juga kini dalam proses pembangunan dan pengenalan pelayar web tersendiri, dinamakan Comet. Syarikat Perplexity sendiri dinilaikan sekitar $14 bilion berasaskan suntikan dana terbaru.

Untuk , mereka sedia jauh ketinggalan dalam arena kecerdasan buatan, malah sejumlah ciri-ciri yang diumumkan sejak tahun lepas, masih belum diperkenalkan sehingga hari ini. Pengambil-alihan Perplexity dilihat bukan sahaja akan memberikan akses kepada bakat dan teknologi, tetapi juga jenama kecerdasan buatan yang sedia dikenali ramai.

Buat masa ini, Apple masih membincangkan ia secara dalaman, dan tidak diketahui sama ada telah membuat penawaran kepada pihak Perplexity atau sebaliknya.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link