Malaysia Oversight

10 Berita Teknologi Malaysia Paling Menarik 2025

By Amanz in December 16, 2025 – Reading time 8 minute
10 Berita Teknologi Malaysia Paling Menarik 2025


10 Berita Teknologi Malaysia Paling Menarik 2025

December 16, 2025
Rangkuman

Penulis Tamu

2025 ialah tahun annus mirabilis dunia teknologi di Malaysia. Pelbagai projek pusat data diumumkan, Intel mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat ujian cip dan proses digitalisasi dilakukan dengan lebih menyeluruh. Ini senarai 10 berita teknologi Malaysia paling menarik sepanjang 2025.

10 Berita Menarik Malaysia 2026

1. Malaysia Haramkan Individu Bawah 16 Tahun Mendaftar Akaun Media Sosial Bermula 2026

Media Sosial

Individu bawah 16 tahun diharamkan daripada mendaftar akaun media sosial bermula 2026 menurut Menteri Komunikasi Datuk Fadzil bulan lalu. Ini menurut adalah selaras denganAkta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Online Safety Act 2025) yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari depan.

Platform media sosial perlu mengaktifkan sistem eKYC mereka bagi mengesahkan identiti serta umur pengguna yang membuka akaun. Pengesahan identiti akan dilakukan menggunakan MyKad, passport atau MyDigital ID. Ini akan menjadikan Malaysia negara kedua selepas Australia yang mengharamkan akses media sosial kepada pengguna bawah 16 tahun pada 10 Disember lalu.

Belum diketahui apakah penalti sekiranya platform gagal mengesakan usia pengguna atau pengguna yang melanggar pengharaman ini di Malaysia. Di Australia denda A$49.5 juta (~RM 132 juta) jika ini berlaku.

Penguatkuasaan oleh Kementerian Komunikasi juga masih kabur sedangkan ia akan bermula dalam masa hanya 5 minggu. Apakah yang akan berlalu kepada akaun media sosial pengguna bawah 16 tahun di Malaysia juga masih menjadi tanda tanya. Ini adalah persoalan yang penting kerana tahun ini platform media sosial sepatutnya memohon lesen dengan SKMM untuk beroperasi tetapi hanya TikTok, WeChat dan Telegram sahaja sudah melakukannya setakat ini.


2. Penggunaan MyDigital ID Semakin Berkembang

MyDigitalID

Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengatakan pelbagai perkhidmatan melibatkan akan memerlukan penggunaan MyDigital ID. Antara contoh yang diberikan adalah termasuk perkhidmatan seperti pendaftaran perkahwinan, sijil kematian dan juga pembaharuan untuk pasport.

Bulan ini beberapa perkhidmatan telah mula mengintegrasikan sokongan MyDigital ID, termasuk pembayaran saman MyBayar, aplikasi PTPTN, dan sejumlah yang lain. MyDigital ID juga menjadi teras utama untuk aplikasi MyGOV yang menjadi aplikasi sehenti untuk pelbagai perkhidmatan berasaskan . Pendaftaran kad SIM prabayar baharu juga akan memerlukan pengguna mempunyai MyDigital ID.

Kerajaan juga dikatakan akan lebih giat guna-pakai MyDigital ID menjelang 2026 kelak. Pada hari ini, ia dikatakan mempunyai sekitar 6.36 juta pengguna berdaftar untuk perkhidmatan identiti berkenaan.


3.Johor Haramkan Pembinaan Pusat Data Menggunakan Air Yang Tinggi

mrjn photography YpZ2cj4s0oo unsplash
Mrjn Photograph/ Unsplash

Kerajaan Johor kini tidak lagi akan meluluskan permohonan pembinaan pusat data Tahap 1 dan Tahap 2 yang menggunakan sehingga 50 juta liter air sehari (MLD) menurut laporan New Straits Times. Ini adalah penggunaan air yang tinggi bersamaan keperluan 25 juta individu sehari. Selepas ini hanya pusat data Tahap 3 dan Tahap 4 yang menggunakan sehingga 0.2 MLD sahaja akan diluluskan.

Proses meluluskan pusat data akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Pusat Data Johor dengan ia akan mengambil kira enam kriteria utama. Kriteria tersebut adalah penggunaan air serta tenaga, impak ke atas alam sekitar, kecekapan menggunakan air serta tenaga, ketersediaan infrastruktur gentian optik, sumber air alternatif dan sistem penyejukan yang mengurangkan pergantungan kepada air.

Di samping itu penggunaan teknologi mampan seperti pengurangan penghasilan karbon dan mematuhi piawaian indeks bangunan hijau turut akan diambil kira oleh jawatankuasa ini. Setakat ini Johor telahpun meluluskan 51 projek pusat data bernilai RM182.96 bilion.

Pengharaman pembinaan pusat data Tahap 1 dan Tahap 2 ini dilakukan selepas minggu lalu Johor memohon pelabur menangguhkan pembinaan pusat data selama 18 bulan berikutan faktor kekurangan air di Johor. Walaupun tahun lalu Johor menggunakan 6.1 (MLD) untuk pusat data, ia diramalkan meningkat ke 384 MLD menjelang 2030.


4.Kapal Purba Berusia Lebih 800 Tahun Ditemukan Di Melaka

kapal Pulau Melaka

Kepingan kayu yang dipercayai serpihan kapal milik pembesar Melayu sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemukan di Pulai Melaka pada 30 Oktober lalu. Penemuan luar biasa ini adalah hasil penggalian Jabatan Warisan Negara (JWM) dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Timbalan Pesuruhjaya JWM Ruzairy Arbi berkata selain tarikh, saiz dan bahan binaan yang digunakan untuk membina kapal tersebut, penemuan ini juga mampu membuktikan kepakaran orang Melaka dalam dunia maritim telah lama wujud. Adalah dipercayai kapal digunakan antara 1200 dan 1300 dengan ia dianggarkan sepanjang 50 hingga 70 meter yang menjadikannya lebih besar berbanding kapal Mendam Berahi yang disebut dalam Hikayat Hang Tuah.

Sample kayu kapal telah dihantar ke makmal Beta Analytic di Amerika Syarikat bagi melakukan ujian pentarikhan radiokarbon dan mendapati kapal ia menggunakan komponen kayu saga dan kayu merbau. Selain itu kapal juga tidak menggunakan sebarang paku logam tetapi bergantung sepenuhnya kepada teknik pasak kayu untuk menyambungkan komponen.

Proses menyahpasang dan memindahkan komponen kapal sedang dilakukan bagi menjalankan proses konservasi selanjutnya. Selain kayu, serpihan mangkuk porselin dan duit syling yang dipercayai dari era Sultan Mahmud turut ditemukan di tapak penggalian. Jabatan Warisan Negara merancang untuk mempamerkan artifak ini kepada umum selepas kerja-kerja ekskavasi dan dokumentasi dilengkapkan kelak.  


5. Intel Menjadikan Malaysia Pusat Pemasangan dan Ujian Cip

Intel COre Ultra B

CEO Intel, Lip Bu Tan pada Julai menerbitkan nota untuk kakitangan mengenai perancangan masa depan syarikat dan usaha yang telah serta akan dilakukan bagi memastikan kelangsungan syarikat.

Ada berita baik buat pekerja Intel di Malaysia kerana beliau mengumumkan rancangan untuk menyatukan operasi pemasangan dan ujian di Costa Rica ke tapak lebih besar di Malaysia dan Vietnam. Costa Rica kekal sebagai tapak negara penting menempatkan pasukan kejuruteraan dan fungsi korporat. Seperti telah dilaporkan sebelum ini, projek pembinaan kilang fabrikasi cip di Jerman dan Poland kini telah dibatalkan.

Intel kemudiannya mengumumkan pelaburan tambahan bernilai RM860 juta bulan ini untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pemasangan dan ujian operasi. Pengumuman dilakukan oleh CEO Intel Lip-Bu Tan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Ibrahim semalam.


6.Malaysia Kini Mewajibkan Permit Untuk Eksport dan Transit Cip AI Amerika Syarikat

Amerika Syarikat Malaysia Flag Chip cip

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini mengeluarkan arahan bahawa eksport, pemindahan dan transit cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat akan tertakluk kepada permit perdagangan berkuat kuasa serta-merta.

Syarikat ataupun individu yang ingin melakukan perdagangan cip AI Amerika Syarikat perlu memberikan pihak berkuasa notis 30 hari lebih awal. Ini adalah selari dengan Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010). Arahan diberikan selepas berlaku insiden pelayar dengan GPU NVIDIA telah diseludup ke dari Singapura menerusi Malaysia dengan nilai mencecah $390 juta (~RM 1.7 bilion) pada Januari lalu.

Dengan ini Malaysia tidak lagi membenarkan ia menjadi lokasi halangan eksport dipintas entiti tertentu bagi tujuan yang menyalahi undang-undang antarabangsa. Minggu lalu muncul laporan Malaysia dan Thailand mungkin dikenakan halangan eksport cip AI oleh Amerika Syarikat berikutan insiden cip berjaya diseludup ke negara yang dikenakan halangan eksport.


7. Mahkamah Mendapati AirAsia Tidak Boleh Pecat Kakitangan Kerana Hantaran Peribadi Di Media Sosial

AirAsia

Adakah status media sosial alasan yang mencukupi untuk majikan membuang pekerja mereka? Mahkamah Perusahaan Malaysia bulan lalu mendapati AirAsia bersalah memecat Hyffny Yusof, seorang pramugara kerana muatan media sosial yang didakwa menghina syarikat. Beliau dianugerahkan pampasan RM31,920 kerana dipecat pada tahun 2023 disebabkan hantaran media sosial yang mengkritik pihak pengurusan syarikat selepas krew pesawat terkandas selama 12 jam.

Muatan dimuat naik Hyffny Yusof di Facebook dan Instagram tetapi hanya boleh dilihat oleh sekumpulan rakan rapat beliau sahaja. Mahkamah mendapati hantaran ini tidak merosakkan reputasi syarikat, tidak dilakukan semasa bertugas dan bukanlah salah laku yang serius. Penggunaan perkataan “idiot” untuk eksekutif tertentu adalah tidak wajar tetapi memutuskan bahawa pemecatan adalah hukuman yang terlalu berat.

Mahkamah turut memutuskan bahawa dasar media sosial AirAsia secara meluas sehingga mengganggu hak privasi dan kebebasan bersuara bekerja. Keputusan mahkamah industri ini jelas mengatakan anda boleh melakukan hantaran media sosial ke atas majikan asalkan ia hanya boleh dilihat oleh sekumpulan kecil pengguna sahaja dan bukannya hantaran awan.


8. Semua Bas dan Kenderaan Berat Perlu Memasang Alat Kawalan Had Laju Menjelang Julai 2026

Speed Limiting Device Had Laju

Sekiranya ingin miliki akses untuk beroperasi, semua bas dan kenderaan barangan berat melebihi 3,500kg perlu memasang peranti kawalan had laju (SLD) pada kenderaan mereka bermula Julai 2026. Notis yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Jun lalu menjelaskan keperluan itu adalah selaras dengan matlamat negara untuk mengurangkan risiko kemalangan kesan tindakan tidak bertanggungjawab kalangan segelintir pemandu kategori ini.

Mengikut makluman, bas dan lori yang didaftarkan mulai 2015 dan seterusnya mesti memasang SLD yang diluluskan oleh pihak berkuasa dan menghantar laporan setiap dua tahun, bermula Oktober 2025. Dan penguatkuasaan ini telahpun dilaksanakan untuk kenderaan baharu sejak 2015.

Untuk kenderaan yang didaftarkan sebelum Januari 2015 dengan SLD pula, peranti tersebut perlu diaktifkan dan juga menghantar laporan pematuhan. Kenderaan ini perlu mematuhi peraturan tersebut selewat-lewatnya Januari 2026.

Dengan makluman ini, diharap semua pengendali khidmat kenderaan tersebut peka akan keperluan ini dan buat pengetahuan umum, MOT turut memaklumkan had laju untuk kenderaan berat akan diseragamkan pada 90km/j, biarpun had laju di lebuh raya ditetapkan 110km/j.


9. Penjawat Awam Tidak Boleh Menggunakan Aplikasi Media Sosial Seperti TikTok dan Facebook Sewaktu Bertugas

Media Sosial

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menegaskan penjawat awam tidak menggunakan aplikasi media sosial seperti TikTok dan Facebook sewaktu sedang bertugas menurut laporan Harian Metro. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat, penjawat awam perlu memberi tumpuan penuh terhadap tugas semasa waktu bekerja sebagaimana yang dinyatakan dalam surat edaran rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh Jun 2013.

Menurut beliau lagi, penggunaan media sosial sewaktu bertugas tanpa keperluan rasmi boleh menjejaskan produktiviti dan menyalahi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993].

Pada tahun 2020 Datuk Dr Adnan Mat telah mengeluarkan peringatan yang sama selepas penjawat awam yang memakai uniform jabatan masing-masing didapati merakam video yang tidak senonoh, jelek serta berunsur negatif sebelum dimuat naik ke platform media sosial peribadi seperti TikTok, Instagram, YouTube dan Facebook.

Isu penjawat awan menggunakan masa bekerja menggunakan aplikasi media sosial kembali menjadi bualan ramai apabila semakin ramai guru sekolah didapati memuat naik video pelajar ketika waktu sekolah tanpa kebenaran ibu bapa serta penjaga.

Sekiranya anda melihat penjawat awam menggunakan aplikasi media sosial ketika bertugas, anda boleh melaporkannya menerusi laman Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).


10. Aplikasi Sehenti Perkhidmatan Kerajaan MyGOV Diperkenalkan Dalam Ujian Beta Terbuka

batch MyGOV APP Edited 20

Aplikasi MyGOV Malaysia dilancarkan pada bulan Ogos dalam fasa ujian Beta dengan integrasi MyDigital ID untuk pengurusan identiti. Ia akan memfokuskan kepada tujuh perkhidmatan utama terlebih dahulu, iaitu untuk perkara berkaitan perjalanan (berkaitan pasport), pendaftaran (berkaitan kelahiran dan kewarganegaraan), pemanduan (berkaitan cukai jalan dan lesen memandu), kesihatan (berkaitan temu janji perubatan dan rekod kesihatan), saman, perumahan (merangkumi cukai tanah dan cukai taksiran), dan juga untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Aplikasi ini dibangunkan oleh pihak Kementerian Digital dengan pasukan mereka yang tersendiri, dan dilihat akan memperlihatkan integrasi daripada aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan digital yang lain kelak.

Buat masa ini, apabila anda memuat-turun dan melog masuk ke dalam aplikasi ini menggunakan sistem log masuk MyDigital ID, beberapa contoh ciri yang akan diperkenalkan boleh diperlihatkan di halaman utama, seperti identiti digital, termasuklah butiran untuk kad pengenalan, lesen memandu, lesen kenderaan motor, pasport dan kad OKU, jika ada.



Source link