Malaysia Oversight

Akmal Nasir ganti Rafizi jadi menteri ekonomi baru

By MkiniBM in December 16, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Perjalanan Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam kabinet Madani kini memasuki fasa baharu apabila beliau, selepas dua kali berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di kementerian berbeza, dilantik sebagai Menteri Ekonomi.

Akmal Nasrullah, 39, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan menggantikan Datuk Seri Rafizi Ramli yang meletak jawatan pada 17 Jun lepas.

Dibesarkan di Johor Bahru, beliau juga pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Tempatan ketika mula menyertai kabinet pada Disember 2022 sehingga Disember 2023.

Ahli Parlimen Johor Bahru dari Parti Keadilan Rakyat () itu juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi penggal 2025 hingga 2028, selain mengekalkan kerusi Parlimen Johor Bahru selama dua penggal berturut-turut sejak Pilihan Raya Umum ke-14.

8f2d18eb54237f8d2276345238f087b7

Sebelum menyertai arena politik, Akmal Nasrullah pernah berkhidmat sebagai pegawai penyelidik di Pejabat Penasihat Ekonomi ketika Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim memegang peranan sebagai Penasihat Ekonomi .

Beliau juga pernah menyertai Invoke sebagai Ketua Pegawai Penyelidik, selain bergandingan bersama Rafizi sebagai pengasas bersama serta memegang jawatan pengarah di National Oversight and Whistleblowers Centre (Now).

Now merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan inisiatif pemantauan berteraskan suara rakyat serta usaha memperkasa peranan pemberi maklumat dalam masyarakat.

Akmal yang juga merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), pernah menuntut di Universiti Wisconsin–Madison, Amerika Syarikat dan memperoleh ijazah berganda dalam bidang sains aktuari dan ekonomi.

– Bernama



Source link