Malaysia Oversight

AGC arah siasatan kes bunuh

By MkiniBM in December 16, 2025 – Reading time 1 minute
AGC arah siasatan kes bunuh


Siasatan polis terhadap kes tembakan melibatkan tiga lelaki yang disyaki perompak di Durian Tunggal, Melaka bulan lalu telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan arahan itu pada hari ini selepas meneliti laporan yang dikemukakan polis berhubung kes berkenaan.

“Jabatan Peguam Negara telah dirujuk dengan laporan kes tiga lelaki ditembak mati di Melaka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Berdasarkan taklimat dan cadangan yang dikemukakan oleh PDRM, Jabatan ini bersetuju dan mengarahkan agar siasatan diklasifikasikan semula di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan bunuh.

“Penelitian awal Jabatan ini mendapati beberapa tindakan lanjut masih perlu diambil oleh PDRM bagi melengkapkan siasatan sebelum apa-apa jua keputusan muktamad dibuat,” kata jabatan itu pada satu kenyataan.

[Berita penuh menyusul]



Source link