Honor Bakal Hadir Dengan Siri ‘WIN’ – Fokus Terhadap Gaming
Amy Maizuraa
Honor bakal memperkenalkan model baharu dibawah siri WIN dengan fokus terhadap gaming. Perkara ini didedahkan melalui kemas kini rasmi di Weibo dan dijangka diumumkan secara rasmi pada bulan ini. Pun begitu, maklumat yang dikongsikan masih terhad tanpa pendedahan lebih lanjut mengenai rekaan mahupun spesifikasi perkakasan.

Setakat ini, hanya sedikit bahagian bingkai sisi yang diperlihatkan dengan kemasan rata yang memberi gambaran bahawa peranti mungkin hadir dengan tubuh rata pada bahagian belakang dan hadapan. Selain itu, rekaan belakang turut menampilkan modul kamera berbentuk segi empat bersaiz besar dengan logo ‘WIN’ yang bercahaya di salah satu sudut.
Siri Honor Win kini telah dibuka untuk pra-tempahan di China. Laporan terkini turut menyatakan bahawa siri GT daripada Honor akan dijenamakan semula sebagai siri WIN.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






