Malaysia Oversight

‘Nandri’ Anwar, kata Ramanan

By MkiniBM in December 16, 2025 – Reading time 2 minute
‘Nandri’ Anwar, kata Ramanan


Naib Presiden , R Ramanan, merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Ibrahim selepas dilantik sebagai menteri penuh yang menyelia Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

“Saya juga mewakili komuniti India di negara ini ingin mengucapkan ‘nandri‘ (terima kasih) kepada perdana menteri yang telah memberikan penghormatan dan mandat ini bagi menggalas tugas sebagai menteri sumber manusia,” katanya.

Pelantikan Ramanan selaku menteri daripada timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi menamatkan kontroversi mengenai ketiadaan wakil berbahasa Tamil dalam kabinet , susulan pemecatan bekas menteri sumber manusia V Sivakumar pada Disember 2023.

Kabinet sebelum ini dikritik antaranya kerana pertama dalam sejarah Malaysia tiada menteri boleh berbahasa Tamil.

6ae27fef575cab126ce581b89afe2b51
Ibrahim ketika mengumkan kabinet barunya hari ini

Sementara itu, Ramanan mengakui tanggungjawab besar untuk memastikan agenda pembangunan tenaga kerja negara dikukuhkan secara komprehensif, inklusif dan kompetitif, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

“Saya akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan komitmen demi menjamin harapan rakyat Malaysia termasuk komuniti India dan juga negara seiring dengan gagasan Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), dengan menyatakan sokongan padu yang diterimanya semasa tempoh perkhidmatannya sebagai timbalan menteri.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, Ramanan mengalahkan calon ketika itu, Khairy Jamaluddin, di kerusi parlimen Sungai Buloh.

Ramanan merupakan bekas ahli dan pernah berkhidmat dalam pelbagai peranan dalam parti itu, termasuk sebagai bendahari agung.

Semasa pilihan raya , Mei lalu, Ramanan memenangi jawatan naib presiden, juga menyokong anak perempuan Anwar, , dalam usahanya yang berjaya menyingkirkan penyandang timbalan presiden Rafizi Ramli.

Ramanan melahirkan keyakinan bahawa bawah , boleh memenangi antara 70 hingga 80 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.



Source link