Malaysia Oversight

PANDUANKINI | Antara SST dan GST

By MkiniBM in June 21, 2025 – Reading time 5 minute
PANDUANKINI | Antara SST dan GST


PANDUANKINI | Isu cukai penggunaan kini hangat dibincang di Malaysia, khususnya antara legasi cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan peluasan secara berperingkat cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Panduankini meneliti kedua-dua sistem cukai ini.

Apakah itu GST?

Dilaksanakan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, Malaysia memperkenalkan GST (sebanyak enam peratus) bermula 1 April 2015, yang dikenakan pada setiap peringkat rantaian bekalan.

Barangan asas seperti makanan segar, air dan elektrik dikekalkan pada kadar sifar, manakala beberapa perkhidmatan — contohnya pendidikan dan penjagaan kesihatan — dikecualikan.

Perniagaan pula boleh menuntut bayaran balik cukai input, sekali gus mengelakkan pertindihan cukai. Setahun sebelum ia dimansuhkan pada Jun 2018, hasil kutipan GST mencecah sebanyak RM44 bilion – tertinggi setakat itu.

Apakah itu SST, dan apa yang baru?

SST diperkenalkan melalui Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Kedua-dua akta ini berkuat kuasa sehingga digantikan oleh GST pada 1 April 2015.

Apabila PH mengambil alih pada 2018, GST dimansuhkan dan SST diperkenalkan semula pada 1 September 2018.

57de7f437fdca9eeed2c53c12151e8a7

SST merangkumi cukai jualan satu peringkat dan cukai perkhidmatan yang berasingan (enam peratus), yang kini dikenakan ke atas kategori yang lebih luas di bawah Belanjawan 2025, termasuk makanan mewah dan perkhidmatan komersial.

Namun, bermula 1 Julai 2025, kadar SST akan dinaikkan kepada lapan peratus bagi beberapa sektor, dan diperluaskan kepada barangan seperti salmon, avokado, epal serta perkhidmatan kecantikan.

menjangkakan peluasan SST ini akan meningkatkan hasil sebanyak RM5 bilion pada tahun ini, dan RM10 bilion pada 2026.

Apa akan berlaku pada 1 Julai?

akan melaksanakan semakan kadar cukai jualan dan memperluas skop cukai perkhidmatan bermula 1 Julai, sebagai langkah untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara melalui peningkatan hasil dan asas cukai yang lebih luas.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan mengumumkan bahawa kadar cukai jualan sifar bagi barangan keperluan akan dikekalkan, manakala barangan bukan keperluan akan dikenakan cukai antara lima hingga 10 peratus.

Senarai penuh cukai perkhidmatan yang diperluas serta pengecualian boleh dirujuk di sini.

Bagaimana sistem percukaian ini berfungsi?

Contoh di bawah mengandaikan satu rantaian bekalan mudah yang melibatkan satu pengeluar atau pengimport yang menghasilkan atau mengimport suatu produk pada harga RM100, kemudian menjualnya dengan margin keuntungan RM10.

Setiap perniagaan di bawah rantaian bekalan – iaitu pengedar dan peruncit – juga mencari margin RM10 untuk menampung perbelanjaan mereka sendiri dan diharap menjadi bertukar keuntungan sebelum produk akhirnya sampai kepada pengguna.

9f9f4fae21e0b25590f218632c97e5af

Jika tidak ada cukai penggunaan yang terlibat, maka pengguna akan membeli produk tersebut dengan harga RM130 (kos awal RM100, margin RM30).

Bagaimanapun, di bawah GST, pengeluar mengutip enam peratus GST (RM6.60) daripada pengedar bagi pihak kerajaan.

Pengedar melakukan perkara yang sama apabila ia menjual produk tersebut kepada peruncit. Bagaimanapun, pengedar juga boleh menuntut kredit cukai untuk RM6.60 GST melalui pengeluar.

Secara idealnya, ini akan tercermin dalam harga yang mana kos tambahan yang dikaitkan dengan cukai tidak lagi berterusan ke bawah rantaian bekalan.

Perkara sama berlaku kepada peruncit yang menuntut RM7.20 dalam kredit cukai bagi GST yang dibayar melalui pengedar dan kemudian mengenakan bayaran enam peratus GST kepada pengguna.

Harga akhir adalah RM137.80. Sepanjang proses tersebut, kerajaan mengutip RM21.60 tetapi membayar balik kredit cukai sebanyak RM13.80, meninggalkan RM7.80 (enam peratus harga runcit) untuk Dana Konsolidasi Persekutuan.

Dalam kes SST pula, cukai hanya dikenakan sekali apabila produk itu dijual daripada pengeluar atau pengimport kepada pengedar pada kadar yang berbeza-beza, bergantung kepada jenis produk yang terlibat.

Itulah satu-satunya cukai yang terlibat dan tiada peruntukan untuk pembayaran balik cukai.

dc0a8d159c9d5f6b8a334233b1152ab4

Bagi GST, perhatikan juga bahawa jumlah yang dikumpul adalah betul-betul enam peratus daripada harga runcit yang juga merupakan kadar standard yang dikenakan.

Ini tidak berlaku dengan SST. Dalam contoh-contoh di atas, cukai yang dikumpul adalah 4.23 peratus atau 8.46 peratus daripada harga runcit masing-masing, dan bukannya lima atau sepuluh peratus yang dikumpulkan oleh kerajaan.

Angka ini akan berbeza-beza bergantung pada margin yang dikutip oleh setiap pemain dalam rantaian bekalan. Maka, sukar bagi pengguna untuk mengetahui berapa banyak yang dibayar kepada kerajaan.

Kenapa perbezaannya penting?

GST sering disebut-sebut sebagai lebih telus dan berkesan daripada SST dan kunci untuk memahaminya adalah melihat jumlah kertas kerja yang terlibat untuk perniagaan bagi mengutip GST untuk kerajaan dan menuntut kredit cukai untuk mereka sendiri.

Ia mewujudkan jejak kertas yang merentasi keseluruhan rantaian bekalan dan menjadikannya lebih sukar bagi perniagaan untuk mengelak membayar cukai berbanding SST. Inilah sebab mengapa GST dikatakan lebih berkesan.

Ia juga diakui lebih telus. Ini benar dalam erti kata bahawa pengguna/pembayar cukai tahu dengan tepat berapa banyak mereka bayar kepada kerajaan melalui GST.

Di bawah SST, pengguna mungkin masih melihat “cukai perkhidmatan” pada resit untuk perkhidmatan yang mereka bayar, tetapi bukan “cukai jualan” atas resit barangan yang mereka beli.

Bagaimanapun, GST tetap ada kelemahannya. Semua kertas kerja menambah kos menjalankan perniagaan yang akhirnya dipindahkan kepada pengguna.

Terdapat juga rungutan bahawa pembayaran balik GST sering lewat diterima, yang sekali lagi melonjakkan harga.

22b6027c2a234aeceee2133d2c3972a7

Kenapa ada yang pilih GST berbanding SST?

  • Kawalan defisit dan hasil: GST menjana hasil yang lebih tinggi serta mempunyai asas cukai yang lebih luas — penting untuk membiayai perkhidmatan awam dan mengurangkan defisit negara.

  • Kesaksamaan dan ketelusan: GST dianggap lebih telus dan progresif — dengan liputan menyeluruh serta kejelasan yang lebih baik — manakala SST menyembunyikan cukai dalam harga dan tidak mempunyai mekanisme perlindungan.

  • Kesiapsiagaan ekonomi dan penerimaan awam: Walaupun GST lebih berkesan, SST lebih ringkas dan kurang sensitif dari segi politik, namun menimbulkan persoalan tentang tahap hasil yang diperoleh serta kesannya terhadap perniagaan dan pengguna.

  • Hala tuju dasar: Pihak berkuasa masih belum mempertimbangkan pelaksanaan semila GST sehinggalah tahap pendapatan dan ekonomi rakyat bertambah baik. Namun, gesaan daripada pihak industri dan badan antarabangsa menunjukkan keperluan untuk peralihan semula ke arah GST yang tersusun dan telus.

Perkembangan terkini

Perdana Menteri Ibrahim menegaskan pendiriannya untuk tidak mengembalikan GST buat masa ini — atas sebab ia akan membebankan pengguna, sambil menekankan bahawa SST kini lebih bersasar, terutama ke atas barangan import mewah.

berkata kerajaan berpandanganGST hanya wajar dilaksanakan semula apabila purata pendapatan rakyat meningkat ke paras yang lebih munasabah, sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.



Source link