Shopee Mengingatkan Penjual Guna Bahasa Malaysia Untuk Tajuk Dan Maklumat Penyenaraian
June 20, 2025
•
Aman
Lanjutan daripada penguat-kuasaan perundangan baharu, sebelum ini Lazada telah memaklumkan para penjual untuk menggunakan Bahasa Malaysia dalam penyenaraian dan maklumat barang atau perkhidmatan yang dijual pada platform mereka. Kini, selain Lazada, pihak Shopee turut telah mengeluarkan peringatan kepada para penjual mereka.

Shopee meminta para penjual untuk menggunakan Bahasa Malaysia dalam penyenaraian produk mereka. Tidak setakat itu, Shopee sendiri akan membantu dengan menambah ciri terjemahan dinamik untuk penyenaraian produk oleh pengguna.
Bagi para penjual yang menggunakan platform Shopee, boleh menyemak semula penyenaraian anda, dan mnggunakan bahasa Malaysia dalam penyenaraian dan penjualan produk anda.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.