Malaysia Oversight

Shamsul digugurkan dari jawatan ketua PKR Melaka

By MkiniBM in December 16, 2025 – Reading time 1 minute
Shamsul digugurkan dari jawatan ketua PKR Melaka


Bekas setiausaha politik kanan perdana menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin digugurkan daripada jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka.

Jawatannya akan disandang oleh timbalannya Adam Adli Abd Halim yang juga timbalan menteri belia dan sukan.

Keputusan Biro Politik itu berkuat kuasa semalam.

Keputusan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Fuziah Salleh pagi ini, tidak lama selepas Shamsul didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Sementara itu, Fuziah berkata jawatan Shamsul sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal.

[Berita penuh menyusul]



Source link