Cloudflare – Trafik Internet Meningkat 19% Tahun Ini Dengan 43% Daripada Peranti Mudah Alih
Effi Saharudin
Laporan Cloudflare Radar 2025 Year in Review telah diterbitkan dengan ia mendedahkan beberapa data menarik mengenai penggunaan internet dunia sepanjang tahun ini. Pertama sekali trafik internet global meningkat 19% berbanding 2024 dengan 43% trafik kini adalah daripada peranti mudah alih. Daripada jumlah ini 65% daripada peranti Android dan baki 35% adalah daripada peranti iOS.

Di Malaysia kini 75% peranti mudah alih menggunakan Android dan bakinya ialah iOS. Negara Asia Tenggara dengan jumlah pengguna Android tertinggi ialah Myanmar dengan 90% sementara yang paling rendah pula ialah Vietnam dengan 53% dan bukannya Singapura yang mempunyai 65% pengguna Android.
Perkhidmatan paling popular masih lagi Google diikuti oleh Facebook, Apple, Microsoft dan Instagram. Dalam kalangan platform media sosial pula, Facebook masih di tangga teratas diikuti oleh Instagram, TikTok, Snapchat dan LinkedIn. Platform penstriman video dengan trafik tertinggi ialah YouTube diikuti pula oleh Netflix, Twitch, Roku dan Disney+. Apple TV langsung tidak tersenarai dalam 10 platform penstriman paling popular
Untuk melihat trend trafik internet 2025 Cloudflare sepenuhnya, sila ke pautan ini.






