Malaysia Oversight

Siri Cip Pemprosesan AMD Ryzen 400 “Gorgon Point” Untuk Komputer Riba Kini Disenaraikan

By Amanz in December 15, 2025 – Reading time 1 minute
Siri Cip Pemprosesan AMD Ryzen 400 “Gorgon Point” Untuk Komputer Riba Kini Disenaraikan


Pada bulan lepas kami telah melaporkan bahawa butiran cip pemprosesan AMD Ryzen AI 9 HX 470 iaitu cip pemprosesan AMD “Gorgon Point” pertama telah tertiris, dan ia dijangka akan diperlihatkan seawal acara CES 2026 di Las Vegas yang akan berlangsung pada awal Januari 2026.

Terkini, butiran baru berkenaan siri cip pemprosesan tersebut kini hadir dengan nama model “pmf_ryzen_ai400series” melalui kemaskini perisian chipset v7.10.02.711. Seperti yang diperlihatkan melalui artikel berkenaan CPU Gorgon Point sebelum ini, siri cip pemprosesan ini dilihat sebagai kemaskini sementara sebelum AMD melancarkan siri cip pemprosesan ZEN 6.

image 26

Perisian chipset “PMF” ini dilihat sebagai bukti kukuh bahawa siri cip pemprosesan AMD Ryzen AI 400 akan tiba kelak kerana ia berkait dengan penggunaan kuasa, prestasi, profail CPU dan lain-lain berkenaan sebuah cip pemprosesan komputer riba AMD.

Walaupun begitu, seperti yang kami juga katakan sebelum ini, siri cip pemprosesan Ryzen AI 9 400 ini adalah permulaan sebelum cip komputer riba AMD ZEN 6 “Medusa Point” diperkenalkan kelak, yang dijangka memperlihatkan penawaran prestasi lebih hebat dan penggunaan kuasa yang lebih cekap, berterima kasih kepada proses pengeluaran cip semikonduktor N2 oleh TSMC pada penghujung tahun hadapan.

VideoCardz



Source link