Malaysia Oversight

Polis siasat dakwaan SPRM acukan pistol ketika serbuan di rumah Tei

By MkiniBM in December 15, 2025 – Reading time 2 minute
Polis siasat dakwaan SPRM acukan pistol ketika serbuan di rumah Tei


Polis hari ini mengumumkan sedang menyiasat dakwaan isteri Albert Tei bahawa anggota SPRM telah mengacukan pistol ke arah ahli perniagaan itu dan dirinya ketika serbuan di rumah mereka di Puchong, .

Perkembangan itu berlaku lebih dua minggu selepas isteri Tei, yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, membuat laporan polis berhubung insiden itu pada 28 Nov lalu.

9f793fdd97789f985218bfadbf6ae629
Shazeli Kahar

Ketua Polis Shazeli Kahar berkata satu kertas siasatan telah dibuka dan polis memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara profesional dan telus.

“Polis Kontigen mengesahkan, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang telah menerima satu laporan daripada seorang wanita pada 28 Nov, yang bahawa pasukan penguatkuasa SPRM telah menjalankan serbuan dan tangkapan terhadap suaminya di bawah Seksyen 16(A) Akta SPRM 2009.

“Pengadu turut mendakwa semasa operasi dijalankan, seorang daripada anggota SPRM tersebut telah mengacukan senjata ke arahnya dan suaminya.

“Susulan itu, pihak polis telah membuka satu kertas enkuiri polis bagi menyiasat dakwaan berkenaan. Siasatan akan dilaksanakan secara profesional dan telus,” katanya dalam satu kenyataan.

5bffc6a955e70a3af32abe6c50936a3d

Shazeli menambah bahawa polis akan memanggil semua pihak yang terlibat untuk dirakam keterangan.

Dia turut menggesa orang ramai supaya memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menasihatkan agar mereka tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ini boleh menjejaskan siasatan.

Pada 28 Nov, dilaporkan bahawa anggota SPRM menyerbu rumah Tei, menahan ahli perniagaan itu dan menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan.

Isterinya kemudian membangkitkan kebimbangan mengenai cara operasi dilaksanakan, mendakwa pasukan serbuan memecah masuk ke rumah mereka melalui pintu utama sebelum beberapa anggota menggari Tei.

d888a8d119b097e4de1b575923243d77

Salah seorang anggota SPRM juga didakwa mengacukan pistol ke arah Tei dari jarak tertentu.

Selepas selesai dengan Tei, Lee mendakwa ahli keluarga lain diarahkan berkumpul di satu bahagian lain.

Dia seterusnya mendakwa mereka turut merampas telefon bimbit, termasuk milik anak-anak, kononnya untuk memadam video dan gambar daripada peranti berkenaan.



Source link