Malaysia Oversight

ASUS Memperkenalkan Sebuah Lagi Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Yang Disaluti Emas

By Amanz in June 18, 2025 – Reading time 2 minute
ASUS Memperkenalkan Sebuah Lagi Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Yang Disaluti Emas


Lain-lain

ASUS Memperkenalkan Sebuah Lagi Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Yang Disaluti Emas

June 18, 2025

Nazrin

Jika anda ingat beberapa bulan dahulu, kami telah menulis tentang kad grafik edisi terhad ASUS ROG Astral GeForce RTX 5090 Dhahab Edition iaitu kad grafik ROG Astral GeForce RTX 5090 yang disaluti dengan emas dan terhad kepada 100 unit di pasaran Timur Tengah.

Terkini, ASUS telah memperkenalkan kad grafik edisi Dhahab tersebut sekali lagi, dan kali ini untuk model ROG Astral GeForce RTX 5080. Dinamakan ROG Astral GeForce RTX 5080 Dhahab CORE, kad grafik ini dilihat hadir dengan rekaan bersalut emas sama seperti apa yang diperlihatkan pada model yang lebih berkuasa tersebut.

image 81

Saiz dan rekaan kad grafik ini dilihat sama seperti apa yang diperlihatkan pada ROG Astral RTX 5090 Dhahab Edition, dan dijangka juga akan disaluti dengan emas 24 karat. Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan 10752 teras CUDA, 16GB memori GDDR7, menggunakan antaramuka PCIe 5.0 dan hadir dengan dua palam HDMI 2.1b dan tiga palam DisplayPort 2.1b.

Untuk kelajuan GPU pula, kad grafik ini hadir dengan kelajuan Boost Clock 2760MHz dan dalam mod OC, ia boleh mencecah 2790MHz. Dari segi penggunaan kuasa, ASUS menyarankan anda menguasakan kad grafik ini dengan bekalan kuasa 850W, khususnya dengan TDP kad grafik ini yang mencecah 360W.

image 80

ASUS mengatakan bahawa tidak seperti kad grafik Astral RTX 5090 Dhahab, kad grafik RTX 5080 Dhahab ini akan dijual di pasaran-pasaram yang lebih meluas, dan akan hadir dengan jumlah kad grafik yang lebih banyak.

ASUS tidak mengesahkan sekiranya kad grafik ini akan hadir dengan label edisi terhad, tetapi apabila ia dilancarkan kelak, ia akan lebih mudah untuk dibeli berbanding kad grafik yang lebih berkuasa tersebut.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah kad grafik ini akan mula dijual, dan juga tanda harganya.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link