Malaysia Oversight

Nothing Phone (3) Akan Menggunakan Snapdragon 8s Gen 4

By Amanz in June 17, 2025 – Reading time 1 minute


Lain-lain
/
Nothing

Nothing Phone (3) Akan Menggunakan Snapdragon 8s Gen 4

June 17, 2025

Effi Saharudin

Nothing menjanjikan peranti mereka yang seterusnya ialah sebuah telefon pintar mercu. Pasti ramai mengharapkan ia akan dilengkapi sekurang-kurangnya Snapdragon 8 Elite. Tetapi menerusi ciapan di X, syarikat ini mengesahkan Nothing Phone (3) akan menggunakan Snapdragon 8s Gen 4 sahaja apabila dilancarkan bulan depan.

Cip yang dilancarkan pada April lalu hadir dengan CPU lapan teras menggunakan konfigurasi teras CPU 1x Cortex-X4 3.2GHz, 3x Cortex-A720 3.0GHz, 2x Cortex-A720 2.8GHz, dan 2x Cortex-A720 2.0GHz. Ini dipadankan pula dengan GPU Adreno 825. Ia turut masih menggunakan teknologi 4nm TSMC N4P. Ini menjadikannya kemas kini kepada cip Snapdragon 8s Gen 3 dan bukannya Snapdragon 8 Elite.

Di Malaysia hanya iQOO Neo 10 sahaja peranti yang menggunakan Snapdragon 8s Gen 4. Walaupun bukan sebuah cip mercu sebenar, ia masih akan cip yang jauh lebih berkuasa berbanding yang digunakan pada peranti-peranti Nothing sebelum ini.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link