Malaysia Oversight

Peluasan SST bukan undang-undang Tuhan, boleh diteliti semula

By MkiniBM in June 17, 2025 – Reading time 2 minute
Peluasan SST bukan undang-undang Tuhan, boleh diteliti semula



Seorang pegawai Perdana Menteri Ibrahim di Kementerian Kewangan hari ini berkata terbuka untuk menyemak semula peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini.

Setiausaha politik , Kamil Abdul Munim dilaporkan berkata peluasan SST bukan “undang-undang Tuhan” dan ia boleh diteliti semula jika ada keperluan.

“Setiap dasar akan menimbulkan keluhan pada peringkat awal, itu perkara biasa. Tapi akhirnya, akan pastikan ia diselaraskan supaya tidak membebankan majoriti rakyat.

“Saya tidak fikir akan menutup ruang untuk meneliti semula dasar ini sekiranya ada segmen atau sektor tertentu yang memerlukan pertimbangan semula. 

“Ini bukan undang-undang Tuhan, jadi kalau ada keperluan untuk ditambah baik, maka sewajarnya ia diteliti,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan perluasan SST terhadap beberapa kategori buah-buahan import dan langkah itu mendapat reaksi rencam, termasuk wujudnya kebimbangan ia akan memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

Mempertahankan langkah tersebut, sebelum ini mencetuskan kritikan apabila dia menjadikan buah avocado sebagai contoh buah mewah import yang lazimnya dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi.

Namun, sejumlah pihak mengingatkan hasil import turut merangkumi buah-buahan seperti epal dan limau, yang tidak ditanam di Malaysia tetapi dimakan dengan meluas, termasuk oleh golongan berpendapatan rendah.

Mengulas lanjut, Kamil berkata tujuan utama peluasan SST adalah untuk memperkukuh asas cukai negara, yang pada masa ini antara paling rendah di rantau Asia Tenggara, dan pada masa sama tidak membebankan rakyat.

Dia juga menegaskan barangan keperluan asas dipastikan agar tidak terkesan dengan peluasan SST, yang menurutnya perlu untuk mengukuhkan asas fiskal negara.

Kenyataan Kamil itu di tengah desakan enam kumpulan perniagaan utama agar kerajaan menangguhkan pelaksanaan perubahan SST.

Mereka mengingatkan skop pelaksanaan yang lebih luas – termasuk cukai lapan peratus ke atas penyewaan komersial dan perkhidmatan pajakan – boleh menjejaskan keyakinan pelabur, meningkatkan kos operasi, serta melemahkan sentimen pengguna dalam keadaan ekonomi yang sedia mencabar.



Source link