Malaysia Oversight

BN akan runding calon PRK Kinabatangan dan Lamag dengan kerajaan Sabah

By TheSun in December 14, 2025 – Reading time 1 minute
BN akan runding calon PRK Kinabatangan dan Lamag dengan kerajaan Sabah


akan berunding dengan GRS dan parti lain di Sabah untuk calon PRK Kinabatangan dan Lamag, kata Ahmad Zahid Hamidi

SEMENYIH: Barisan Nasional () akan mengadakan perundingan dengan semua pihak dalam negeri Sabah berhubung calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.

Pengerusi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu perlu dibincangkan memandangkan BN adalah sebahagian daripada negeri.

“Oleh kerana kita menjadi sebahagian daripada negeri Sabah, tidak mustahil untuk kita mengadakan perundingan bukan sahaja dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetapi juga parti-parti lain yang pernah bertanding di Lamag sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata perundingan juga akan diadakan bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.

Ahmad Zahid berkata kaedah rundingan adalah lebih baik memandangkan tempoh Parlimen masih berbaki sehingga 24 bulan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) di sini hari ini.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang kedua-dua kerusi, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi urusan PRK tersebut pada 16 Disember ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata beliau belum diminta oleh Perdana Menteri untuk mengemukakan nama calon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet.

“Perdana Menteri belum minta (nama). Apabila tiba masanya, saya akan memaklumkan kepada beliau,” katanya.

Beberapa portfolio Kabinet masih kosong pada masa ini. – Bernama



Source link