Malaysia Oversight

Kilang plastik di Bandar Puncak Alam musnah dalam kebakaran

By TheSun in December 13, 2025 – Reading time 1 minute
Kilang plastik di Bandar Puncak Alam musnah dalam kebakaran


Sebuah kilang plastik di Taman Industri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam terbakar pagi tadi, operasi pemadaman melibatkan 35 anggota bomba.

SHAH ALAM: Sebuah kilang plastik di Taman Industri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala dilaporkan terbakar pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 11.53 pagi.

Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan JBPM Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran melibatkan sebuah kilang plastik berkeluasan 200×300 kaki persegi.

“Api berjaya dikawal pada 1.30 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengesahkan kejadian itu tidak melibatkan sebarang mangsa.

Operasi pemadaman melibatkan seramai 35 pegawai dan anggota dari enam balai bomba.

Balai terlibat ialah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, BBP Kapar, BBP Kota Anggerik, BBP Rawang, BBP Batu Arang dan BBP Petaling Jaya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.



Source link