Malaysia Oversight

Prime Video Kini Termasuk Dalam Pek Epic Astro One Dan Astro Movies Tanpa Caj Tambahan

By Amanz in June 10, 2025 – Reading time 1 minute
Prime Video Kini Termasuk Dalam Pek Epic Astro One Dan Astro Movies Tanpa Caj Tambahan


Astro terus meluaskan ekosistem hiburannya dengan menawarkan akses percuma ke Prime Video bagi pelanggan Pek Epic Astro One dan Pek Astro Movies. Pelanggan yang menggunakan Ultra/Ulti Box boleh menikmati penawaran ini tanpa caj tambahan.

Bagi pelanggan dalam pakej yang sama tetapi masih belum beralih ke Ultra/Ulti Box, akses ke Prime Video akan tersedia mulai 24 Jun 2025. Sementara itu, pelanggan yang tidak termasuk dalam mana-mana pek ini, Prime Video boleh ditambah ke dalam langganan dengan bayaran sebanyak RM25 sebulan termasuk cukai.

Prime Video Astro A

Astro turut memperkenalkan promosi istimewa untuk langganan Max yang membolehkan pelanggan menikmati hiburan dengan lebih jimat. Tawaran ini terdiri daripada Max Standard (12 bulan) pada harga RM16.96 sebulan (harga runcit RM33.90 sebulan), dan Max Ultimate (12 bulan) berharga RM25.95 sebulan (harga runcit RM52.90 sebulan).

Promosi ini terbuka kepada semua pelanggan Astro sama ada pelanggan baharu atau sedia ada, dan boleh dilanggan mulai hari ini sehingga 30 Jun 2025. Langganan akan diperbaharui secara automatik setiap tahun pada harga promosi kecuali dibatalkan sebelum tarikh pembaharuan.

Pek Epic Astro One Dan Astro Movies 1

Bagi peminat aksi dan thriller, Astro membawa kembali saluran HEROES (CH100) secara percuma untuk semua pelanggan Astro. Saluran ini akan mula bersiaran pada 16 Jun 2025 pada jam 11:30 pagi, dan akan berlangsung selama satu bulan.

Untuk menikmati semua tawaran hebat ini, anda boleh melanggan Pek Astro One pada harga RM49.99/sebulan, dan merasai pengalaman hiburan yang lebih menarik.



Source link