Malaysia Oversight

Anwar tidak perlu layan DAP, kata Mahathir

By MkiniBM in December 12, 2025 – Reading time 2 minute
Anwar tidak perlu layan DAP, kata Mahathir


Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Perdana Menteri, Ibrahim tidak perlu melayan permintaan DAP berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Dalam satu hantaran ringkas di Facebook, hari ini, katanya, berkata, DAP tidak boleh keluar daripada .

ae0e53543d2e6a0ef8770a12379a43c7
Dr Mahathir Mohamad

“Apakah reformasi yang dituntut oleh DAP?

tak perlu layan DAP. Mereka tidak boleh keluar dari .

“Mereka keluar jatuh. DAP juga jatuh,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan tidak bersetuju dengan tuntutan DAP untuk mengiktiraf UEC. Katanya, kerajaan akan terus mempertahan dan mendukung prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan berhubung kedudukan bahasa Melayu.

Katanya, usaha yang sepatutnya dilakukan adalah memartabatkan penggunaan bahasa Melayu bagi menjadikannya bahasa ilmu yang dikuasai semua pihak di negara ini.

“Saya dah jelaskan, saya tak peduli siapa dia, parti mana, pengaruh mana. Kalau saya mahu didukung sebagai perdana menteri, saya mesti pertahankan prinsip perlembagaan.

“Apa yang berbeza, perbezaannya ialah tuntutan itu tuntutan yang menjurus kepada satu kaum dan satu bahasa.

“Itu saya tidak setuju sama sekali. Bawa dulu mesej pertahankan martabat Bahasa Kebangsaan kemudian rangkul sekali keperluan penguasaan bahasa lain-lain. Itu kita boleh terima,” katanya kepada wartawan selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nur al-Hidayah, Kelibang, Langkawi hari ini.

169ad6aa05061757e2632b600e5667f6

Menurut Anwar, kerajaan juga tidak menolak penggunaan bahasa lain termasuk usaha memantapkan tahap penguasaan bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan Arab dalam kalangan rakyat.

Katanya, perkara itu dilaksanakan di peringkat universiti apabila bahasa Inggeris digunakan dalam proses pembelajaran di peringkat universiti bagi mata pelajaran tertentu.

“Saya jelaskan begini. Ini Malaysia, mesti ingat bahasa Melayu bahasa rasmi. Bahasa Melayu harus diangkat sebagai bahasa ilmu yang dikuasai oleh semua rakyat Malaysia.

“Kalau ini dah jelas, hendak bangkitkan soal keperluan peningkatan penggunaan bahasa Inggeris, saya setuju. Tapi bahasa Melayu untuk bidang teknologi baharu, untuk bahasa ilmu, mesti dimantapkan.

“Penguasaannya itu harus baik dalam kalangan semua rakyat, semua aliran. Saya tak kira Melayu, Cina, India mesti menguasai bahasa Melayu,” katanya lagi.

78c09f2518e4f4b1fc15a02819d4c79d

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, partinya akan berjumpa dengan Anwar untuk meminta supaya kerajaan mengiktiraf UEC.



Source link