Malaysia Oversight

Sekatan Permainan Bukan Jalan Penyelesaian Isu Keselamatan Kanak-Kanak

By Amanz in December 12, 2025 – Reading time 1 minute
Roblox Akan Menghalang Kandungan “Topik Sensitif” Diakses Pemain Bawah 13 Tahun


Sekatan Permainan Bukan Jalan Penyelesaian Isu Keselamatan Kanak-Kanak

December 12, 2025
Peranti

Amy Maizuraa

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menegaskan bahawa menghalang permua seperti Roblox tidak memadai untuk menangani isu keselamatan kanak-kanak. Sebaliknya, beliau menekankan bahawa ciri perlindungan dalam permainan serta kerjasama menyeluruh antara penyedia platform dan pihak berkepentingan merupakan langkah utama yang perlu diberi keutamaan.

roblox Logo

Beliau menjelaskan bahawa tindakan menghalang akses hanya akan menghentikan permainan, bukannya menjamin keselamatan, sambil merujuk kepada perbincangan bersama Suhakam mengenai keperluan perlindungan yang lebih kukuh.

Sebelum ini, dilaporkan sedang mempertimbangkan larangan terhadap Roblox susulan insiden tragis melibatkan dua beradik di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat, di mana pendedahan kepada permainan tersebut didakwa mempengaruhi tindakan agresif.

image 6
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan bahawa Roblox telah memberi jaminan untuk memperkukuh keselamatan melalui penggunaan AI dan pemantauan manusia, di samping bekerjasama dalam perkongsian data serta pematuhan peraturan.

Selain itu, Roblox sendiri telah melaksanakan polisi keselamatan baharu dengan mewajibkan semakan umur bagi semua pengguna sebelum mereka boleh mengakses fungsi sembang, sekali gus meningkatkan perlindungan terhadap kanak-kanak.

Roblox Komited Tingkatkan Tahap Keselamatan Pengguna 02
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh

Keperluan untuk menghalang akses kanak-kanak kepada platform tertentu khususnya media sosial telah pun dilaksanakan di Australia. Malaysia pula dijangka menyusul menjelang awal tahun 2026 sebagai langkah memperkukuh perlindungan terhadap keselamatan kanak-kanak dalam talian.



Source link