Aplikasi Rize Kini Dijenamakan Semula Kepada MY AlRajhi
June 8, 2025
•
Aman
Rize sebelum ini merupakan salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada perbankan digital, ditawarkan oleh Al Rajhi. Namun, kini ia melalui penjenamaan semula, dimana aplikasi Rize diubah kepada aplikasi perbankan Al Rajhi.
Semua pengguna Rize di Malaysia telah mula menerima kemaskini aplikasi bermula hari ini yang menjenamakan semula aplikasi tersebut kepada Al Rajhi.

Bersama kemaskini ini, beberapa perubahan turut diperkenalkan. Ini termasuk perubahan kepada nombor akaun untuk pmindahan wang. Selain itu, sekiranya anda mempunyai kad debit Rize sahaja, maka anda boleh terus menggunakannya. Namun, sekiranya anda mempunyai kedua-dua kad Rize dan juga AlRajhi, maka kad debit Rize anda akan ditamatkan secara automatik, dan anda boleh menggunakan kad debit AlRajhi untuk pelbagai transaksi.
Ia tidak dinyatakan kenapakah jenama Rize ditamatkan. Berkemungkinan dalam memudahkan pengurusan pengguna, selain penawaran kemaskini kepada pengguna. Bagi anda yang sedia menggunakan Rize, boleh menyemak kemaskini aplikasi anda untuk melihat peralihan kepada AlRajhi.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.