Infinix GTBuds 4 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM229
Amy Maizuraa
Infinix kini menawarkan fon telinga nirwayar baharu GTBuds 4 di Malaysia pada harga RM229 melalui semua Infinix Brand Store di seluruh Malaysia.

Infinix GTBuds 4 hadir dengan ‘Illuminate Avant-Grade Design’ bagi memberikan gaya lebih unik. Ia dilengkapi dengan pemacu audio 12.4mm sejenis ‘titanium diaphragm’ serta enam mikrofon terbina dengan AI ENC yang memastikan audio lebih jelas. Selain itu, ia turut menyokong spatial audio dan tambatan pantas melalui Bluetooth 6.0 untuk pengalaman mendengar lebih lancar.
Bateri digunakan mampu bertahan sehingga 34 jam manakala pengecasan selama 10 minit memberikan 2 jam masa main balik. Fon telinga ini juga hadir dengan kalis air IP54 yang sesuai digunakan dalam pelbagai situasi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






