Malaysia Oversight

PAS umum Adun Karambunai sokong Hajiji

By MkiniBM in December 11, 2025 – Reading time 2 minute
PAS umum Adun Karambunai sokong Hajiji


PAS hari ini menghantar isyarat yang berbeza berkenaan kedudukan tunggal mereka di Sabah apabila mengumumkan pendirian untuk menyokong kepimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Ketetapan itu dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam sidang media ringkas di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.

“Pendirian parti (PAS) ialah menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan perkara ini dah dimaklumkan kepada presiden (Abdul Hadi Awang).

“Jadi, pendirian kita mendukung dan menyokong pimpinan Sabah ketika ini… perkara ini juga sudah dimaklumkan dalam mesyuarat PN,” katanya.

950a1035dce0738a7d22a5b912f185d4
Aliakbar Gulasan

Kenyataan Tuan Ibrahim – yang juga Ketua Pembangkang DUN Pahang – itu dibuat sehari selepas Pengerusi PN, Yassin, menjelaskan bahawa Karambunai, Aliakbar Gulasan, kekal sebagai wakil rakyat pembangkang.

menjelaskan perkara itu semasa ditemui media di Putrajaya semalam.

Menurut Tuan Ibrahim, dia sudah menghubungi Aliakbar dan Hajiji bagi memaklumkan pendirian PAS berhubung kedudukan parti berkenaan dalam DUN Sabah.

Ditanya sama ada keputusan itu bertentangan dengan kenyataan dibuat semalam, Tuan Ibrahim berkata, isu itu tidak timbul kerana Karambunai adalah daripada PAS.

“Tidak ada (isu) dan kita pun dah maklumkan dalam mesyuarat PN yang terbaru,” jelasnya.

Aliakbar mencatat sejarah selepas menjadi Adun PAS pertama memasuki DUN Sabah melalui pilihan raya negeri pada 29 Nov lalu.

Dia mengalahkan 10 calon lain termasuk penyandang – Yakub Khan daripada – dengan majoriti kurang 400 undi.

Bagaimanapun, keberadaan Aliakbar dalam DUN Sabah bukan kali pertama kerana dia pernah dibawa masuk ke situ melalui pelantikan negeri pada Okt 2020.

Ketika itu PN adalah sekutu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sebelum ini timbul tanda tanya mengenai kedudukan Pesuruhjaya PAS Sabah itu sama ada dia akan terus memberi sokongan kepada Hajiji atau sebaliknya.

Kata Tuan Ibrahim, pendirian untuk menyokong negeri itu dibuat selepas PAS mengambil kira hubungan baik antara Aliakbar dan Hajiji sebelum ini.

“Langkah itu akan memudahkan Aliakbar menjalankan tugas sebagai Adun dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di kawasan yang diwakilinya,” kata Tuan Ibrahim.



Source link