Facebook Perkenalkan Kemaskini Aplikasi Yang Lebih Mesra Pengguna
Amy Maizuraa
Facebook kini hadir dengan pelbagai penambahbaikan untuk menjadikan pengalaman lebih lancar.

Feed, carian dan navigasi dikemas kini supaya pengguna mudah menemui kandungan mengikut minat, manakala proses mencipta kandungan dipermudah dengan antaramuka baharu untuk Stories dan Feed posts. Profil pula dilengkapi ciri yang membantu pengguna mengenal pasti rakan dengan minat serupa.

Feed kini lebih ringkas dengan gambar dalam grid seragam, tanda suka (like) melalui double tap dan kandungan dalam paparan penuh. Tab bar pula dikemaskini dengan akses pantas ke Reels, Friends, Marketplace dan Profile manakala hasil carian dipersembahkan dalam grid menarik yang menyokong semua jenis kandungan termasuk gambar dan video.

Pengguna boleh memberi maklum balas tentang kandungan yang tidak digemari supaya algoritma menyesuaikan paparan mengikut minat, sementara itu Facebook boleh terus menambah cara baharu untuk membentuk Feed. Susun atur Stories dan Feed Posts juga diperbaharui dengan akses pantas ke muzik serta tetapan kenalan yang lebih jelas.

Bahagian komen pula dilengkapi dengan balasan ringkas, lencana yang lebih jelas serta fungsi pin komen. Pada masa yang sama, pentadbir kumpulan dan pencipta kandungan diberikan kawalan tambahan untuk memantau perbualan, manakala pengguna boleh menandakan komen yang tidak relevan secara rahsia.
Bahagian Profil kini membantu pengguna mencari rakan dengan minat serupa. Facebook kemudian memperlihatkan rakan yang berpotensi memberi cadangan. Dalam masa yang sama, pengguna boleh mengawal siapa yang dapat melihat maklumat tersebut.






