Malaysia Oversight

Aplikasi Edits Dikemaskini Dengan Ciri ‘Templates’ Dan ‘Storyboards’

By Amanz in December 11, 2025 – Reading time 1 minute
Aplikasi Edits Dikemaskini Dengan Ciri ‘Templates’ Dan ‘Storyboards’


Aplikasi Edits Dikemaskini Dengan Ciri ‘Templates’ Dan ‘Storyboards’

December 11, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

Aplikasi Edits ditambah baik dengan pelbagai ciri baharu bagi menjadikannya lebih menyeronokkan untuk digunakan.

Kali ini, ia menerima ciri Templates yang membolehkan pengguna menghasilkan video menggunakan templat dengan muzik tetap, gaya teks serta susun atur klip yang diselarikan mengikut rentak audio. Pengguna juga boleh menerbitkan templat mereka sendiri untuk digunakan oleh orang lain.

Seterusnya, ciri Storyboards membolehkan idea ditukar menjadi susun atur lebih tersusun untuk video akan datang. Ciri ini turut menyokong teleprompter cues, slot klip video, dan ruangan nota bagi membantu pencipta merancang kandungan sebelum rakaman.

Pengguna turut boleh menyertakan Reels daripada pustaka (library) Instagram, sama ada milik sendiri atau orang lain. Klip ini boleh digunakan untuk digabungkan (remix), reaksi, atau suntingan baharu dengan pencipta asal yang akan diberikan kredit secara automatik.

Edits Dikemaskini Dengan Ciri Baharu Termasuk Storyboards 2

Selain itu, tab Secondary Color membolehkan pengguna menambah warna kedua pada latar belakang atau garisan luar teks untuk kawalan visual yang lebih bebas. Bagi pengguna , terdapat sokongan Edits widgets pada skrin kunci (lockscreen) untuk akses pantas ke kamera atau mencipta nota yang boleh disimpan terus dalam Edits.

Edits Dikemaskini Dengan Ciri Baharu Termasuk Storyboards 3

Instagram memaklumkan sokongan templat dalam Edits mula dilancarkan minggu ini dengan lebih banyak jenis templat dirancang pada masa hadapan. Pun begitu, bahagian templates khusus hanya tersedia di beberapa negara terpilih.

Instagram





Source link