Kehadiran Siri Realme 16 Pro Kini Mula Diacah
Amy Maizuraa
Realme mula mengacah kehadiran telefon terbaharu dalam siri nombor mereka melalui Realme 16 Pro yang menawarkan beberapa aspek menarik buat pengguna setia.

Antara tumpuan utama ialah fotografi potret dengan peningkatan pada kualiti gambar, penggunaan cip pemprosesan Snapdragon yang masih belum dipastikan secara khusus serta kemampuan zum sehingga 10X untuk hasil lebih jelas.

Fungsi AI Edit turut dinaik taraf dengan ciri baharu seperti AI StyleMe yang menghasilkan gambar seakan studio, AI LightMe untuk pencahayaan lebih baik, Cartoon Shot dan Spotlight menjadikan pengalaman fotografi lebih kreatif berbanding sebelum ini.

Selain itu, siri ini akan menggunakan realme UI 7.0 iaitu perisian terkini dengan ciri AI pintar di samping menjanjikan kemas kini sistem operasi selama 3 tahun dan kemas kini keselamatan Android selama 4 tahun. Model yang disahkan ialah Pro dan Pro di mana sesuatu yang menarik kerana sebelum ini Realme menyatakan tidak lagi menawarkan model Pro+.
Dari segi reka bentuk, peranti ini dijangka hadir dengan peningkatan yang lebih premium berbanding generasi sebelumnya. Namun begitu, tiada tarikh pelancaran rasmi didedahkan buat masa ini di mana semestinya kita perlu menunggu pengumuman lanjut daripada Realme.






