Malaysia Oversight

Nothing Phone (3a) Edisi Komuniti Ditawarkan Pada Harga RM1699 – Terhad Hanya 1000 Unit

By Amanz in December 11, 2025 – Reading time 1 minute
Nothing Phone (3a) Edisi Komuniti Ditawarkan Pada Harga RM1699 – Terhad Hanya 1000 Unit


Nothing Phone (3a) Edisi Komuniti Ditawarkan Pada Harga RM1699 – Terhad Hanya 1000 Unit

December 11, 2025
Nothing

Aman

Nothing kini mengumumkan mereka akan menghasilkan Nothing Phone (3a) Edisi Komuniti. Peranti ini dihasilkan berasaskan daripada idea dan bantuan para peminat seluruh dunia, sekaligus membentuk versi akhir ini. Nothing mengatakan sebanyak 700 penyertaan diterima mereka melibatkan pelbagai perkara, termasuk rekabentuk, perisian, aksesori dan sebagainya.

Nothing Phone 3a Com01

Versi akhir Nothing Phone (3a) Edisi Komuniti ini hanya akan dihasilkan sebanyak 1000 unit sahaja. Ia hadir dengan tema yang mengambil elemen awal 2000-an, hadir dengan sejumlah perubahan pada bahagian visual, termasuk gambar latar eksklusif pada peranti ini secara terbina.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan penawaran sama seperti Nothing Phone (3a) biasa. Ia menggunakan skrin 6.77-inci AMOLED, menyertakan sokongan kadar segar semula mencapai 120Hz, memori 12GB RAM, storan 256GB, dan menyertakan bateri 5000mAh. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50-megapixel, serta kamera swafoto 32-megapixel.

Phone3a Community

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat pada laman rasmi Nothing. Ia disenaraikan pada harga RM1699 di Malaysia.



Source link