Malaysia Oversight

Adun Karambunai kekal sebagai pembangkang

By MkiniBM in December 10, 2025 – Reading time 1 minute
Adun Karambunai kekal sebagai pembangkang


PN mengambil ketetapan bahawa wakil tunggal gabungan itu di dalam DUN Sabah, Aliakbar Gulasan, kekal sebagai wakil rakyat pembangkang.

Pengerusi PN, Yassin, hari ini berkata dia dimaklumkan oleh yang Karambunai berkenaan akan kekal sebagai wakil rakyat biasa dan tidak menyertai Sabah.

“(Soal) dia menyertai tidak berbangkit. Semalam pun ada mesyuarat tanya pendirian sebab kita nak dapat pandangan daripada pemimpin .

“Jadi dia akan kekal sebagai pembangkang,” katanya kepada media di .

Aliakbar mencatat sejarah tersendiri selepas menjadi PAS pertama memasuki DUN Sabah melalui pilihan raya negeri yang berlangsung pada 29 Nov lalu.

5f301a7f0c0c6ae01dc4b14329ff9d4e

Dia mengalahkan 10 calon lain termasuk penyandang – Yakub Khan dari – dengan majoriti kurang daripada 400 undi.

Bagaimanapun untuk rekod keberadaan Aliakbar dalam DUN Sabah bukan kali pertama kerana dia pernah dibawa masuk ke situ melalui pelantikan negeri. Ketika itu PN merupakan sekutu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sebelum ini timbul tanda tanya mengenai kedudukan Pesuruhjaya PAS Sabah berkenaan sama ada dia akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteir, Hajiji Noor, atau sebaliknya.



Source link