Malaysia Oversight

TheNoor Kini Diintegrasikan Dalam Sistem Inforia Proton

By Amanz in December 10, 2025 – Reading time 1 minute
TheNoor Kini Diintegrasikan Dalam Sistem Inforia Proton


TheNoor Kini Diintegrasikan Dalam Sistem Inforia Proton

December 10, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

Aplikasi gaya hidup Islamik TheNoor yang diasaskan oleh Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa kini boleh diakses secara langsung melalui sistem inforia Proton pada model terpilih.

TheNoor Kini Diintegrasi Dalam Sistem Inforia PROTON 002

Integrasi ini membolehkan pengguna memuat turun dan menggunakan aplikasi terus dari papan pemuka kereta, sekali gus membawa kemudahan serta nilai kerohanian ke dalam pengalaman pemanduan. Selain itu, integrasi ini turut tersedia pada beberapa model PROTON yang disokong iaitu X70 (2022), S70 (2023), X90 (2023), X50RC (2024), X70MC2 (2024), X50FL (2025) dan e.Mas5.

TheNoor Kini Diintegrasi Dalam Sistem Inforia PROTON 001

Dengan sokongan ini, Proton bukan sahaja memperkukuh ekosistem digitalnya malah turut memberi nilai tambah kepada pengguna melalui akses mudah kepada kandungan gaya hidup Islamik seperti doa, waktu solat dan panduan harian. Selain ditawarkan dalam kereta Proton, aplikasi TheNoor juga boleh dimuat turun secara percuma pada peranti Android dan iOS.

Threads



Source link