Malaysia Oversight

Sudah lapan hari Mahathir tunggu polis panggil, kata peguam

By MkiniBM in December 10, 2025 – Reading time 3 minute
Sudah lapan hari Mahathir tunggu polis panggil, kata peguam


Dr Mahathir Mohamad dikatakan masih menunggu polis memanggilnya bagi dirakam percakapan berhubung ratusan laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa terkait isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balik AS-Malaysia (ART).

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid, berkata pejabat bekas perdana menteri itu sudah dimaklumkan bahawa Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman akan memanggilnya.

Namun, kata peguam terbabit, selepas lapan hari berlalu, tiada satu panggilan pun dibuat ke pejabat Mahathir bagi tujuan tersebut.

“Setakat 2 Dis lalu sebanyak 139 laporan polis berkaitan perjanjian tersebut telah dibuat di seluruh negara termasuk oleh Mahathir sendiri di , namun tiada satu pun kertas siasatan dibuka.

“Ini bukan satu dua laporan. Ini ratusan laporan daripada rakyat pelbagai negeri. Tetapi respons polis? Senyap sunyi,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 2 Dis lalu, Mahathir membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Ibrahim atas dakwaan “khianatan” terkait perjanjian ART yang ditandatangani dengan Presiden AS, Donald pada Okt lalu.

Dalam laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah itu, Mahathir turut meminta pihak berkuasa menyiasat pegawai dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Peguam Negara; serta semua pihak yang terlibat menyediakan, merunding dan memeterai perjanjian tersebut.

Selain menuduh melakukan sabotaj terhadap negara, Mahathir berkata dia percaya perdana menteri menjalankan aktiviti yang merugikan demokrasi berparlimen.

0831a00ddb807f4731cf68f2f8828712

Antara klausa perjanjian yang digesa disiasat ialah Perkara 5.1, 5.2 dan 5.3, serta klausa lain seperti sekatan terhadap dasar digital dan peraturan domestik, dan yang menjejaskan kepentingan bumiputera serta hak yang dijamin di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Dia juga menyeru siasatan sekiranya terdapat unsur pengaruh asing atau tindakan yang mengancam kedaulatan dan keselamatan negara, serta jika terdapat unsur penyalahgunaan kuasa, kecuaian serius dan kemungkinan pengkhianatan kepercayaan berkaitan pengurusan dan keputusan mengenai nadir bumi dan mineral kritikal negara.

‘Itu masalah besar’

Dakwa Rafique, kebimbangan orang awam dan bekas pegawai keselamatan semakin meningkat selepas Malaysia menandatangani satu lagi dokumen besar dengan AS, iaitu memorandum persefahaman (MOU) baru berkaitan kerjasama pertahanan yang dianggap melibatkan isu sensitif negara.

Antaranya, rondaan bersama di Laut Selatan dan Selat Melaka, radar, aset maritim, dron dan perkongsian teknologi serta perancangan pertahanan jangka panjang termasuk kemungkinan penempatan aset AS.

“Ini sesuatu yang tak pernah berlaku dalam sejarah. Negara berkecuali macam Malaysia tiba-tiba jadi benteng antara dua kuasa besar,” katanya.

Rafique juga turut mengemukakan empat persoalan kepada yang masih belum dijawab.

Pertama, katanya, adakah kabinet menerima draf perjanjian sebelum meluluskan ART 2025?

“Kedua, adakah kertas kabinet diedarkan kepada ketua setiausaha kementerian berkaitan untuk dapatkan maklum balas?

“Ketika, adakah Majlis Raja-Raja atau Yang di-Pertuan Agong dimaklumkan kandungan penuh perjanjian, dan keempat, adakah Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara pernah meneliti atau memberi input undang-undang sebelum dokumen itu ditandatangani?” katanya.

Siasatan kes Yusoff Rawther

Menurut Rafique, dalam perjanjian ada isu nadir bumi, perlombongan dan mineral kritikal yang melibatkan bidang kuasa negeri.

“Kalau negeri tak tahu, raja-raja tak tahu, itu masalah besar,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Rafique mendakwa polis tidak menyiasat kes bekas pembantu , Yusoff Rawther, dengan sepenuhnya.

Dakwa Rafique, kesimpulan itu dibuat apabila Anwar dan seorang lagi bekas pegawai perdana menteri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, tidak dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kami tanya polis soalan paling mudah, Datuk Seri Anwar sudah dipanggil atau belum? Farhash Salvador sudah dipanggil atau belum?

“Jawapan rasmi mereka, tiada keperluan,” katanya.

Menurut Rafique, alasan yang diberikan polis bercanggah dengan keputusan mahkamah yang secara jelas menyatakan pegawai penyiasat gagal menjalankan siasatan menyeluruh.

Katanya, isu yang dibangkitkan itu bukan bermotifkan politik, tetapi berkait langsung dengan keselamatan, kedaulatan integriti institusi keselamatan.



Source link