MyKad Baharu Dengan Paparan Kod QR, Cip Lebih Berkuasa Dan Penyulitan Dipertingkatkan Akan Diperkenal 2026
Aman
Kerajaan kini mengumumkan akan memperkenalkan kad pengenalan diri MyKad baharu bermula Jun 2026, yang akan hadir dengan fokus terhadap peralihan ke arena digital.
MyKad baharu ini akan hadir bersama-sama paparan kod QR untuk memudahkan pengesahan dan semakan oleh pihak berkuasa. Tidak setakat itu, MyKad baharu ini juga akan dilengkapi dengan sokongan cip termaju, sokongan penyulitan lebih kuat, dan juga elemen-elemen lain yang mengelak ia dipalsukan.
Kerajaan menekankan yang mana peralihan MyKad ini akan dilakukan secara berfasa, bermula dengan permohonan baharu. Ia ditekankan yang mana pengguna tidak perlu berlumba untuk melakukan perubahan buat masa ini, dan akan dimaklumkan oleh kerajaan pada kemudian masa. MyKad sedia ada akan terus sah digunakan seperti biasa sehingga suatu waktu yang akan diumumkan kelak.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






