Malaysia Oversight

TMJ Melancarkan Kriptowang RMJDT Dan Perbendaharaan Aset Digital Bersama Zetrix

By Amanz in December 9, 2025 – Reading time 1 minute
TMJ Melancarkan Kriptowang RMJDT Dan Perbendaharaan Aset Digital Bersama Zetrix


Setelah beberapa projek kriptowang yang telah diperlihatkan sebelum ini, Malaysia kini mempunyai satu lagi nama kriptowang baru yang dinamakan RMJDT melalui syarikat Bullish Aim Sdn Bhd yang dipengerusikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

RMJDT, ialah stablecoin yang ditambat kepada nilai matawang fiat Ringgit Malaysia dan dihasilkan melalui sebuah rantaian blok Lapisan-1 teras oleh Zetrix, iaitu syarikat teknologi digital yang menyokong Infrastruktur Rantaian Blok Malaysia (MBI) kebangsaan.

Photo 1

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Zetrix, kriptowang RMJDT dibangunkan untuk memperkukuhkan penggunaan Ringgit Malaysia di peringkat antarabangsa dalam penyelesaian perdagangan rentas sempadan dan akan bertindak sebagai pemangkin untuk menarik peningkatan pelaburan asing ke Malaysia.

Dalam pada itu, Bullish Aim juga akan membangunkan sebuah syarikat perbendaharaan aset digital (Digital Asset Treasury Company @ DATCO) dengan aset kriptowang Zetrix Token bernilai RM500 juta yang dijangka akan ditambah ke RM1 bilion. Aset DATCO ini dijangka akan membantu menstabilkan yuran GAS yang stabil untuk pengesahan penggunaan rantaian blok RMJDT ini.

Zetrix



Source link