Malaysia Oversight

‘Shopee Unboxed’ Paparkan Aktiviti Tahunan Pengguna

By Amanz in December 9, 2025 – Reading time 1 minute
‘Shopee Unboxed’ Paparkan Aktiviti Tahunan Pengguna


‘Shopee Unboxed’ Paparkan Aktiviti Tahunan Pengguna

December 9, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

Shopee Unboxed diperkenalkan melalui aplikasi Shopee dan berfungsi seperti ciri Recap tahunan di platform lain. Melalui ciri ini, pengguna dapat melihat sorotan aktiviti tahunan mereka dalam bentuk paparan yang menarik. Selain itu, fungsi ini boleh diakses dengan mudah melalui pop-up di bahagian bawah halaman utama aplikasi.

Shopee Unboxed 006 99

Melalui Shopee Unboxed, pengguna dapat melihat beberapa sorotan utama yang dipaparkan secara terperinci termasuk tahun mereka mula menyertai Shopee, jumlah perbelanjaan tahunan, waktu paling kerap melakukan pembelian serta jumlah minit tontonan siaran langsung. Dengan memanfaatkan maklumat yang dikumpulkan sepanjang tahun, Shopee menghasilkan bentuk laporan yang bukan sekadar informatif tetapi juga menyeronokkan untuk diterokai.

888

Ia bukan sahaja berfungsi sebagai rekod aktiviti malah turut memberikan gambaran semula tentang penggunaan aplikasi sepanjang tahun. Pada masa yang sama, paparan ini membantu meningkatkan kesedaran pengguna terhadap corak dan tabiat membeli-belah mereka.



Source link