Malaysia Oversight

30 cedera, cetus ombak tsunami

By MkiniBM in December 9, 2025 – Reading time 2 minute
30 cedera, cetus ombak tsunami


Gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 melanda timur laut Jepun pada Isnin malam, mencederakan 30 orang dan mencetuskan ombak tsunami setinggi 70 sentimeter yang sampai ke pantai Pasifik, lapor Agensi Berita Kyodo memetik Jepun.

Agensi Meteorologi Jepun berkata gempa yang berlaku pada 11.15 malam itu berpusat di luar pantai timur wilayah Aomori pada kedalaman 54 kilometer, dan boleh diikuti satu lagi gempa dengan magnitud sama atau lebih besar di kawasan berkenaan dalam beberapa hari akan datang.

Ini merupakan kali pertama agensi itu mengeluarkan amaran sedemikian bagi kawasan pantai Hokkaido dan pantai Sanriku, yang merentangi Aomori hingga Iwate dan Miyagi.

Perdana Menteri Sanae Takaichi menyeru penduduk di wilayah terjejas supaya berwaspada terhadap maklumat daripada tempatan dan agensi cuaca sepanjang minggu ini, termasuk membuat persediaan menghadapi kemungkinan gempa susulan dengan mengikat atau menstabilkan perabot.

df5877fdb4832a8f14f641b1dc8f3a8d

meminta penduduk meneruskan aktiviti sosial dan ekonomi sambil mengekalkan kesiapsiagaan untuk berpindah serta-merta jika merasakan gegaran,” kata Takaichi kepada pemberita pada Selasa di pejabatnya di Tokyo.

Kecederaan dilaporkan di wilayah Aomori dan Hokkaido.

Gempa berlaku di kawasan sepanjang palung di luar pantai Hokkaido dan timur laut Jepun, yang gempa besar boleh dicetuskan apabila plat Pasifik menyusup ke bawah pulau utama Honshu, menurut agensi itu.

Agensi tersebut, yang menyemak magnitud daripada laporan awal 7.6 kepada 7.5, memberi amaran tsunami setinggi sehingga 3 meter selepas gempa berkenaan. Ombak tsunami tertinggi yang dicatatkan ialah 70 sentimeter di Iwate.

f6621ebb1e2cbdf9da30ef2404882195

Tiga jam setengah selepas gempa melanda, amaran tsunami diturunkan kepada nasihat keselamatan, dan nasihat itu ditarik balik pada 6.20 pagi Selasa.

Gempa tersebut mencatatkan intensiti enam atas pada skala intensiti seismik Jepun tujuh mata di beberapa kawasan di Aomori, iaitu tahap seseorang tidak boleh berdiri atau bergerak tanpa hilang keseimbangan.

Satu amaran khas agensi cuaca mengenai kemungkinan gempa besar di sepanjang palung, dikenali sebagai “Nasihat Gempa Susulan di Luar Pantai Hokkaido dan Sanriku,” dikeluarkan selepas berlaku gempa dengan magnitud yang disahkan 7.0 atau lebih besar.

Agensi menilai terdapat kemungkinan satu dalam 100 bahawa gempa magnitud 8.0 atau lebih besar boleh berlaku dalam tempoh tujuh hari.

3263beee9b0a34b6b1039597904d5261

Namun, walaupun amaran sedemikian berkuat kuasa, pihak berkuasa tidak mengarahkan orang ramai untuk berpindah sebagai persediaan.

– Bernama-Kyodo



Source link