Malaysia Oversight

Samsung Galaxy XR Kini Menyokong PC, Mod Perjalanan dan Avatar 3D Realistik

By Amanz in December 9, 2025 – Reading time 1 minute
Samsung Galaxy XR Kini Menyokong PC, Mod Perjalanan dan Avatar 3D Realistik


Samsung Galaxy XR Kini Menyokong PC, Mod Perjalanan dan Avatar 3D Realistik

December 9, 2025
Google
Realiti Maya
Samsung

Effi Saharudin

Selain mengumumkan Project Aura, Google turut mengumumkan beberapa ciri baharu Android XR yang kini boleh dimuat turun Samsung Galaxy XR. Ciri yang diumumkan ialah PC Connect, Travel Mode dan Your Likeness bagi menambah lagi ciri menari pada set kepala pertama Android XR ini.

Android XR PC Connect

PC Connect membolehkan Galaxy XR digunakan bersama sebuah PC. Antaramuka Windows boleh digunakan dalam mod XR sekaligus menjadi skrin tambahan untuk menjadi lebih produktif. Pemilik juga boleh menggunakan skrin tambahan ini untuk menjalankan permainan video daripada PC dengan skrin gergasi untuk sesi permainan yang terasa lebih menyeluruh. Di dalam PC Connect, pengguna boleh menyeru Gemini untuk memberikan tips permainan secara masa nyata.

Android XR Travel Mode

Seterusnya ialah Travel Mode yang membolehkan Galaxy XR digunakan ketika sedah melakukan perjalanan misalnya dalam kabin pesawat. Skrin akan kekal statik walaupun pemakai sedang bergerak.

Akhir sekali ialah Your Likeness yang menggunakan avatar 3D realistik sebagai pengganti diri apabila melakukan panggilan Google Meet menerusi Galaxy XR. Avatar 3D ini akan mengikut memek muka serta pergerakan mulut apabila bercakap.

Android XR Your Likeness

Kesemua ciri baharu yang diumumkan ini menjadikan Android XR dan Galaxy XR setanding dengan ciri yang telahpun disokong pada Vision Pro. Pada ketika ini masih tiada maklumat sama ada Galaxy XR akan dipasarkan ke lebih banyak negara khususnya Malaysia.



Source link