Malaysia Oversight

Paramount Membida $108.4 Bilion Untuk Membeli Warner Bros. Discovery

By Amanz in December 9, 2025 – Reading time 1 minute
Paramount Membida $108.4 Bilion Untuk Membeli Warner Bros. Discovery



image 30

Paramount Membida $108.4 Bilion Untuk Membeli Warner Bros. Discovery

December 9, 2025
Penstriman

Effi Saharudin

Paramount melakukan bidaan balas bernilai $108.4 bilion (~RM 447 bilion) untuk membeli keseluruhan Warner Bros. Discovery (WBD) semalam walaupun syarikat tersebut sudahpun menerima bidaan $82.7 bilion yang ditawarkan Netflix minggu lalu. Menerusi bidaan ini, Paramount ingin membayar $30 untuk setiap saham berbanding hanya $27.75 yang ditawarkan Netflix.

Paramount ialah syarikat paling awal mengumumkan mereka berminat membeli WBD sebelum Netflix dan Comcast turut mengumumkan niat yang sama. Dalam pengumuman yang dilakukan semalam, Paramount berkata mereka menghubungi lembaga pengarah WBD sebanyak enam kali tetapi tawaran mereka ditolak didakwa lebih berminat menjual syarikat kepada Netflix.

Tawaran yang dilakukan Paramount ini adalah terus kepada pemegang syarikat dengan premium 139% nilai saham semasa syarikat yang kini di tahap $12.54. WBD juga akan dibeli secara keseluruhan oleh Paramount. Netflix hanya berminat membeli Warner Bros Television, Warner Bros Motion Picture Group, DC Studios, HBO and HBO Max. Perniagaan Global Networks dipisahkan dengan Ia terdiri daripada perniagaan hiburan, sukan dan saluran berita CNN, TNT Sports, Discovery networks, platform penstriman Discovery+ dan Bleacher Report.



Source link