Wikipedia Umum 4.6 Bilion Jam Dihabiskan Pelawat Sepanjang 2025 dan 20 Artikel Paling Popular
Effi Saharudin
Wikipedia masih lagi sebuah depositori maklumat yang penting serta boleh diakses percuma oleh sesiapa sahaja. Walaupun tahun ini ia ingin dicabar oleh Grokipedia, Wiki masih menjadi pilihan kerana artikel disunting dan perlu mempunyai pautan kepada sumber yang sah. Dengan 2025 semakin sampai ke penghujung, Wikipedia telah berkongsi statistik laman serta senarai 20 artikel paling popular tahun ini.

Secara keseluruhan pelawat menghabiskan 4.6 bilion jam membaca artikel dengan 2.4 bilion adalah membaca artikel dalam Bahasa Inggeris. Setiap bulan 984 juta peranti unik mengakses artikel Bahasa Inggeris setiap bulan. Wikipedia juga kini menyokong artikel dalam lebih 300 bahasa.
Hampir 67 juta artikel telah disunting tahun ini dengan 31 juta adalah dalam Bahasa Inggeris. Proses suntingan ini dilakukan hampir 250,000 editor seluruh dunia dengan 324 suntingan dilakukan setiap minit. Di bawah ialah senarai 20 artikel dengan jumlah pembaca tertinggi sepanjang 2025.
- Charlie Kirk, 44,907,789 (bacaan)
- Deaths in 2025, 42,508,846
- Ed Gein, 31,232,285
- Donald Trump, 25,127,616
- Pope Leo XIV, 22,052,502
- Elon Musk, 20,179,628
- Zohran Mamdani, 20,118,615
- Sinners (2025 film), 18,230,654
- Ozzy Osbourne, 17,787,997
- Superman (2025 film), 17,007,716
- Pope Francis, 15,281,541
- Severance (TV series), 13,892,847
- United States, 13,040,217
- Thunderbolts*, 12,864,839
- Weapons (2025 film), 11,753,018
- JD Vance, 11,617,451
- Adolescence (TV series), 11,571,799
- MrBeast, 11,475,681
- Cristiano Ronaldo, 10,827,510
- The Fantastic Four: First Steps, 10,768,070






