Malaysia Oversight

Jurutera Pembangunan Apple Silicon Dilaporkan Ingin Meninggalkan Apple

By Amanz in December 8, 2025 – Reading time 1 minute
Jurutera Pembangunan Apple Silicon Dilaporkan Ingin Meninggalkan Apple


Jurutera Pembangunan Silicon Dilaporkan Ingin Meninggalkan

December 8, 2025

Effi Saharudin

Pucuk kepimpinan Apple bergolak lagi selepas Johny Srouji, Naib Presiden Kanan Teknologi Perkakasan Apple dilaporkan ingin meninggalkan syarikat menurut laporan Bloomberg. Sroiji yang mengetuai pembangunan dan penghijrahan Apple dari penggunaan cip Intel ke Apple Silicon dikatakan telah bertemu dengan Tim Cook bagi menyatakan hasrat beliau untuk menyertai syarikat lain.

Johny Srouji

Kesemua ini berlaku ketika Apple mula menggantikan pucuk kepimpinan utama yang sama ada akan bersara atau dipancing oleh pesaing seperti yang berlaku kepada Alan Dye minggu lalu. Bagi mengelakkan Srouji meninggalkan syarikat, beliau mungkin akan dinaikkan pangkat ke CTO dengan pakej pampasan lebih besar daripada yang diterima beliau sekarang.

Pada waktu yang sama Tim Cook turut dikhabarkan akan bersara sebelum menyandang jawatan sebagai pengerusi syarikat dalam masa terdekat. Jawatan CEO Apple kemudiannya dipercayai akan disandang oleh John Ternus yang kini adalah timbalan presiden kana kejuruteraan perkakasan.



Source link