Malaysia Oversight

Aidiladha peluang hayati makna pengorbanan, kebersamaan

By MkiniBM in June 7, 2025 – Reading time 1 minute
Aidiladha peluang hayati makna pengorbanan, kebersamaan


Sambutan Aidiladha wajar dijadikan titik pertemuan hati untuk merenung makna pengorbanan dalam konteks kemanusiaan dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang.

Aaron berkata sambutan Aidiladha bukan sekadar melakukan ibadah korban, tetapi juga satu simbol pengorbanan, keikhlasan dan kesatuan.

“Nilai-nilai ini amat penting dalam membina sebuah negara yang aman dan harmoni,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Aaron dalam hantaran sama turut mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat di negara ini.

Umat di Malaysia akan menyambut Aidiladha esok.

-Bernama



Source link