Malaysia Oversight

Lepas tak boleh ke Sabah, Fahmi Reza dihalang ke luar negara

By MkiniBM in June 7, 2025 – Reading time 2 minute
Lepas tak boleh ke Sabah, Fahmi Reza dihalang ke luar negara


Aktivis dan artis grafik Reza hari ini memaklumkan bahawa dia dihalang daripada melakukan perjalanan ke luar negara.

Menurutnya, seorang pegawai imigresen di lapangan terbang memaklumkan bahawa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tidak memberi kebenaran untuk dirinya meninggalkan negara.

Apabila ditanya alasan sekatan itu, pegawai berkenaan menyuruh menghubungi Bukit Aman sendiri.

, yang menyambut hari lahirnya hari ini, berkata dia merancang untuk ke Singapura bagi menonton konsert yang menampilkan dua kumpulan punk kegemarannya.

“Apa kesalahan aku? Hanya polis Bukit Aman dan Madani yang boleh jawab.

“Aku hanya buat lukisan yang mengkritik pelantikan TYT (Yang di-Pertua Negeri Sabah) Musa Aman dan kritik Madani.

“Minggu lepas aku kena blacklist, dihalang masuk Sabah. Minggu ni aku kena blacklist lagi, dihalang ke luar negara.

bfc82c477c7ddb474dae6c6631b4e240

“Terima kasih Bukit Aman dan Madani untuk hadiah hari jadi yang aku tak akan lupakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Hantaran tersebut turut memuatkan gambarnya bersama beg bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Minggu lalu, Fahmi dihalang memasuki Sabah dan dihantar pulang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Dia diberikan notis penolakan masuk dan mendakwa arahan itu datang daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

98d16fc655eda83fcdaacb871a0f2f54

Pada hujung Disember lalu, artis-aktivis itu ditahan di Sabah kerana memaparkan karikatur yang menggambarkan Musa Aman sebagai individu korup.

Dia kemudiannya diusir dari negeri itu pada awal Januari.

Pada 2018, Musa dikenakan 46 pertuduhan jenayah berkaitan kontrak konsesi balak di Sabah.

Bagaimanapun, semua pertuduhan itu digugurkan apabila pihak pendakwaan menarik balik kes berkenaan pada Jun 2020.



Source link