CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan terhadap kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Syamsul Haris Shamsudin dibuat secara telus dan tanpa melindungi sesiapa pun. Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail supaya menyiasat kes itu secara terbuka. Beliau berkata, kerajaan tidak melindungi penjenayah tetapi juga tidak melindungi tindakan-tindakan oleh polis yang bertentangan proses undang-undang. “Kita mengalu-alukan ketegasan polis untuk bertindak…






