Malaysia Oversight

Payung besar Melayu ‘jarum halus’ Mahathir bunuh Umno

By MkiniBM in June 7, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) , Mohd Puad Zarkashi menyifatkan inisiatif terbaru Dr Mahathir Mohamad untuk menghimpunkan orang Melayu di bawah satu “payung besar” sebagai taktik licik bagi melemahkan dari dalam.

Dalam kenyataan pedas yang dimuat naik di media sosial hari ini, Puad menuduh bekas perdana menteri dua kali itu menggunakan pendekatan halus untuk memecah-belahkan kesetiaan ahli parti kepada , yang tidak secara langsung menyeru mereka keluar daripada parti.

6327eadaec140c9b88a9fb9074b0dde8

“Tun M (Mahathir) sekali lagi mahu menipu orang Umno. Dia tubuh ‘Payung Besar Melayu’. Dia hanya jemput ahli Umno tetapi tolak parti Umno.

“Itu jarum halus untuk bunuh Umno. Maksudnya, sokong kami, tidak perlu keluar Umno tetapi jangan beri undi kepada Umno,” kata Puad.

Dia turut menyatakan bahawa Mahathir sedar Umno tidak akan “masuk lubang biawak kali kedua”, merujuk kepada pengalaman lalu apabila parti itu menyokong kerjasama yang akhirnya merugikan kedudukannya sendiri dalam landskap politik tanah air.

Nafsu orang tua

Puad turut membidas asas politik di sebalik gerakan yang dikemukakan Mahathir, yang turut mendapat sokongan tokoh-tokoh utama Perikatan Nasional (PN) termasuk Yassin, Hamzah Zainudin dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

8441a72ca873713643a2fa7aa2a61f7a

“Bila asasnya politik, akan ada tikam belakang sesama sendiri. Sebab itu berlaku ‘Sheraton Move’,” katanya, merujuk insiden pada 2020 yang menyaksikan kejatuhan Pakatan Harapan yang diterajui Mahathir ketika itu.

Menurut Puad, percubaan-percubaan terdahulu seperti Kongres Maruah Melayu dan Piagam Muafakat Nasional turut gagal kerana digerakkan atas dasar politik, dan bukannya prinsip penyatuan sejati.

“Maka ‘Payung Besar Melayu’ sama saja. Nafsu orang tua. Bernafsu tapi tidak mampu,” katanya dengan nada sinis.

Pada 4 Jun lalu, Mahathir mengumumkan penubuhan jawatankuasa sekretariat Melayu bagi menyatukan orang Melayu dalam satu gerakan tidak rasmi.

Matlamat utamanya, menurut Mahathir, ialah untuk mengembalikan dominasi politik Melayu bagi menangani pelbagai masalah komuniti itu.

“Sekarang mereka belum dapat pejuang khusus,” kata Mahathir dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, .

Namun kenyataan Mahathir bahawa penyertaan dibuka kepada ahli Umno – bukan kepada parti itu secara rasmi – telah mencetuskan reaksi keras dari pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Puad.

Usaha terakhir Mahathir kekal relevan

Kritikan Puad ini mencerminkan ketegangan lama antara Mahathir dan Umno, terutamanya selepas Mahathir keluar dari parti itu, menubuhkan Bersatu, dan kemudian kembali menjadi perdana menteri buat kali kedua melalui Pakatan Harapan.

9a069f7ecd76bb5f526121244ad54416

Kini, dengan percaturan politik yang semakin rencam dan sokongan terhadap gabungan pembangkang seperti PN yang didakwa dilihat mulai goyah, pengumuman “payung besar Melayu” disifatkan sesetengah pihak sebagai usaha terakhir Mahathir untuk kekal relevan dalam politik nasional.

Puad pula yakin bahawa rakyat – khususnya orang Melayu – sudah semakin matang dan tidak mudah terpedaya dengan taktik lama berbungkus perjuangan kaum.

“Umno tetap kekal sebagai wadah perjuangan Melayu. Percubaan untuk menguburnya melalui ‘payung besar’ hanya akan mengukuhkan lagi semangat kami,” katanya lagi.



Source link